FacebookInstagramTwitterContact

 

Power Restored To Sierra Leone As Minister Quits           >>           Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion           >>           Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>           Real Madrid Move Closer To Title With Win At Real Sociedad           >>           QPR Thrash Leeds To Seal Leicester's Promotion           >>           Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>           Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern           >>           Hungary Opens Up To Chinese Tech Despite Protests           >>           South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PENTARAMA Buka Tirai Di Permata Hijau


 


 July 23rd, 2023  |  12:00 PM  |   142 views

TEMBURONG

 

Jabatan Penerangan menerusi Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik malam tadi telah mengelolakan Persembahan PENTARAMA di Pentas Perayaan Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Daerah Temburong, di sini.

 

PENTARAMA tersebut diadakan bagi sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir selaku Pemangku Penghulu Zon 1, Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong.

 

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Awang Emzah selaku Pengerusi PENTARAMA dan Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini selaku Timbalan Pengerusi Persembahan PENTARAMA.

 

PENTARAMA atau pentas, tari dan drama adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Jabatan Penerangan secara bersemuka melalui persembahan pentas sejak tahun 1988 dalam menyalurkan mesej yang membina minda masyarakat dan maklumat rasmi kepada orang ramai mengenai dasar dan aktiviti kerajaan.

 

Persembahan yang dipenuhi para pengunjung dimulakan dengan lagu tema PENTARAMA oleh barisan artis yang terdiri daripada Kumpulan Al-Busyra. Selain persembahan lawak jenaka oleh Loh dan Tibby dari BruHaHa.

 

Acara kemuncak adalah persembahan sketsa drama bertajuk 'Bisikan Hijrah' oleh Seni Kreatif Insan Seni yang antara lain mengisahkan mengenai ketua keluarga yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang mengakibatkan terjadinya keganasan dalam rumah tangga iaitu penderaan kepada isteri dan anak yang akhirnya menghancurkan keharmonian sebuah keluarga.

 

Di samping itu, para penonton PENTARAMA juga berpeluang untuk menyertai Kuiz Kenegaraan di mana penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Persembahan PENTARAMA akan diteruskan ke daerah-daerah lain iaitu pada Isnin, 24 Julai di Pentas Perayaan, Kawasan Lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pekan Tutong bagi Daerah Tutong; pada Selasa, 25 Julai di Pentas Perayaan, Kawasan Lapang berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja dan di Daerah Belait pada Sabtu, 29 Julai di Pentas Perayaan, Kawasan Gerai Tudung Saji, Daerah Belait.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir menyaksikan Persembahan PENTARAMA bagi sama-sama memeriahkan lagi Pentas Perayaan bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48