FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ceramah Khas Semarak Ilal Hijrah 1445


 


 July 23rd, 2023  |  12:04 PM  |   135 views

BERAKAS

 

Inti pati hijrah perlu dihayati secara mendalam dan bukannya sekadar menjadi sambutan tahunan semata-mata, yang diraikan setiap tahun tanpa kita merenung, melihat sedalam-dalamnya dan menghayati makna sebenar hijrah.

 

Perubahan dan penghijrahan kepada kebaikan adalah satu tuntutan agama yang memerlukan seseorang itu melakukan lebih banyak kebaikan bagi diri sendiri, termasuk juga keluarga, agama dan bangsa.

 

Oleh itu, setiap kali memasuki Tahun Baharu, kita perlu melakukan sesuatu iaitu berusaha berhijrah meninggalkan segala perbuatan yang mendatangkan keburukan dan membawa kepada kegagalan dan bukan hanya berdiam diri dan masih berada di tempat yang sama sahaja setiap tibanya Tahun Baharu.

 

Perkara tersebut antara yang ditekankan dalam Ceramah Khas Hijrah bertajuk, 'Renungan dan Harapan di Sebalik Tahun Baharu Hijrah' yang disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor, Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Mikdar Rusdi pada Majlis Sambutan Awal Tahun 1445 Hijrah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, di sini.

 

Dr. Mikdar Rusdi berkata, kita seharusnya memperbaharui niat dalam menyambut Ilal Hijrah ini dengan melakukan sesuatu agar semua itu tinggi nilainya di sisi Allah, yang akan menjadi kebaikan untuk diri kita dihari kemudian kelak.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Tema Majlis Ilal Hijrah 1445 Peringkat Negara ialah 'Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera'.

 

Agama Islam sangat menjaga dan memastikan ugama dipelihara dengan baik bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan sejahtera.

 

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan KSSUP yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Jabatan Perikanan, KSSUP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48