FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raja Berjiwa Rakyat Disanjung


 


 July 23rd, 2023  |  12:11 PM  |   220 views

BELAIT

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Belait, iaitu daerah pertama yang menjunjung keberangkatan baginda bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-77 Tahun bagi Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi.

 

Keadaan cuaca yang panas terik tidak melemahkan semangat para penduduk dari daerah ini untuk tidak melepaskan peluang bersemuka dengan raja kesayangan rakyat sambil menyembahkan ucapan Selamat Hari Keputeraan ke hadapan majlis baginda.

 

Ratusan murid dari sekolah-sekolah rendah dan menengah beratur di tepi jalan raya seawal pagi menuju ke Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait (KB) sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bagi mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja di Helipad, Jalan Maulana, KB dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Pentas Diraja, Padang Bandaran, KB, paluan hadrah mengiringi keberangkatan baginda berserta kerabat diraja dan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' bergema sebaik sahaja baginda berserta kerabat diraja berangkat tiba di Pentas Diraja.

 

Baginda berserta kerabat diraja kemudiannya berkenan menyaksikan Persembahan Khas yang membawa tema 'Raja Berdaulat, Berjiwa Rakyat'.

 

Selepas itu baginda berserta kerabat diraja dijunjung berangkat ke Pentas Persembahan Khas untuk sesi bergambar ramai bersama para peserta Persembahan Khas.

 

Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi Majlis Ramah Mesra daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Jawatankuasa Peserta-peserta Persembahan Khas serta rakyat dan penduduk Daerah Belait daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat yang menyertai pameran dan persembahan yang dimuatkan dalam khemah-khemah yang disediakan.

 

Antara yang menyertai pameran dan perhimpunan pada majlis berkenaan ialah termasuk warga emas dan penduduk serta rakyat dari mukim-mukim di Daerah Belait iaitu Mukim Kuala Belait; Mukim Seria; Mukim Liang; Mukim Bukit Sawat; Mukim Labi; Mukim Sukang; dan Mukim Melilas.

 

Turut menyertai pameran dan perhimpunan tersebut ialah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) iaitu dari Persatuan PERTIWI / Persatuan WI; PKP/HAWA; PERWIRA; Persatuan Pengakap Daerah Belait; Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Belait; Masyarakat Tiong Hua; SUTERA; National Development Party; Masyarakat India; dan Persatuan PEMBELA.

 

Selain itu, Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), Brunei LNG, Brunei Methanol Company (BMC), Brunei Fertilizer Industries (BFI), Megalift Sendirian Berhad, Freelander Tech Sdn. Bhd., Adinin Groups of Companies, Syarikat Malai Mashhor, Serikandi Groupd of Companies, Petrokon Utama Sdn. Bhd., Rys Event and Management, PTAS Sdn. Bhd., KMST Sdn. Bhd., Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan British Garisson turut menyertai pameran dan perhimpunan berkenaan.

 

Sepanjang ramah mesra dan junjung ziarah tersebut, baginda juga turut berkenan menerima pesambah dan menyaksikan pelbagai persembahan dalam khemah-khemah yang tersedia.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi Majlis Santap di Dewan Santap berhampiran Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait yang didahului dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, KB, Awang Mohd. Shah bin Haji Taip.

 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan memotong Kek Hari Keputeraan yang disembahkan khas sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-77 Tahun.

 

Sebelum berangkat balik meninggalkan Dewan Santap, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan jemputan-jemputan khas.

 

Di bawah kepimpinan Kebawah DYMM, rakyat dan penduduk negara ini dapat menikmati kemakmuran negara, hidup rukun damai dan sejahtera serta bersatu padu dalam keadaan negara yang aman lagi sentosa.

 

Dengan keamanan itu pula membolehkan rakyat untuk sama-sama mendukung dan berusaha bagi membangun, memajukan serta mempertahankan perpaduan, kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48