Home > Bahasa Melayu
Hijrah Walk Takmir Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445
July 25th, 2023 | 10:37 AM | 59 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Muslimah Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) menganjurkan Hijrah Walk Takmir yang diadakan pada Rabu, 19 Julai 2023 lalu.
Acara Hijrah Walk berkenaan diadakan sempena dengan Sambutan Ilal Hijrah 1445.
Majlis dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid UBD, iaitu mantan Imam Haji Ahmad Tarmiji bin Haji Md. Daud; dan Muslimah-muslimah Masjid UBD yang diketuai oleh Ketua Muslimah, Hajah Alimah binti Haji Matusin.
Turut hadir, Penolong Ketua Muslimah, Pengiran Hajah Rohani binti Pengiran Hajah Mohd Daud yang juga Guru Pembimbing Muslimah Masjid UBD.
Acara dimulakan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh PW 1 (B) Taha bin Haji Tahir, diikuti dengan sesi bergambar ramai.
Acara berjalan kaki dimulakan dari kawasan legar Masjid UBD dan keluar mengelilingi jalan kawasan masjid menuju pusing keliling Rimba dan kembali semula ke Masjid UBD.
Acara diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Haji Ahmad Tarmiji dan seterusnya menikmati jamuan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]