FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


428 Pelajar UNISSA Mulakan Minggu Ta’aruf


 


 July 25th, 2023  |  10:42 AM  |   69 views

GADONG

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini mengadakan Majlis Amanat dan Ikrar Pelajar-pelajar Tahun 1, UNISSA sesi pengajian 2023 / 2024 sebagai bermulanya Minggu Ta'aruf di Dewan Auditorium, UNISSA, Gadong, di sini.

 

Keramaian kemasukan pelajar UNISSA bagi sesi tahun 2023 / 2024 adalah 428 pelajar, iaitu 315 pelajar dalam program Prasiswazah; dan 113 pelajar dalam program siswazah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad yang juga turut menyampaikan ucapan amanat dan seterusnya merasmikan Minggu Ta'aruf Sesi Pengajian 2023 / 2024.

 

Pemangku Rektor menyampaikan ucapan amanat Rektor yang antara lainnya mengenai perbezaan suasana alam pembelajaran daripada peringkat sekolah menengah ke alam universiti.

 

Para pelajar tambahnya, dikehendaki untuk menanamkan nilai teras UNISSA yang pertama, iaitu takwa. Sifat takwa dalam diri mereka sesuai dengan misi UNISSA, iaitu 'Melahirkan pemimpin bertakwa dan berwibawa yang menyumbang kepada pembangunan ummah melalui kecemerlangan akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat'.

 

Para pelajar juga disarankan untuk memiliki integriti yang tinggi sepanjang proses pengajian di UNISSA terutama dalam peperiksaan (tidak meniru), penulisan disertasi atau tesis (tidak melakukan plagiat) dan menitikberatkan peratus kehadiran kuliah bagi membentuk sahsiah yang berwibawa.

 

Dalam amanat Rektor juga turut berpesan agar para pelajar mengambil peluang yang banyak disediakan dan ditawarkan selama bergelar pelajar UNISSA sama ada peluang meningkatkan keupayaan dalam akademik seperti mengikuti kelas Talaqqi di Surau Shafi'i, bengkel-bengkel penulisan atau penyelidikan atau melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum, termasuklah mengikuti pertandingan bercorak akademik atau bukan akademik.

 

Selain takwa dan berintegriti jelasnya, juga diharapkan agar para pelajar dapat mengilap pelbagai kemahiran yang ada disebutkan oleh QS Top Universiti seperti berfikiran kritis serta berkemampuan menyelesaikan masalah, bersedia menerima kritikan yang membina, mahir dalam komunikasi dan bijak dalam pengurusan masa.

 

Rektor juga menjelaskan bahawa kemahiran dalam pengurusan tenaga dan emosi juga ditekankan memandangkan isu kesihatan mental yang menjadi agenda global dan kesejahteraannya disenaraikan menjadi Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goal (SDG) seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, beriadah dan mengetahui cara mengurus tekanan.

 

Dalam teks ucapan Rektor juga mengalu-alukan para pelajar untuk menyertai Rakan U.M.A.T UNISSA dengan mempelajari kursus asas kaunseling dan ia boleh menjadi satu kemahiran yang bermanfaat kepada diri pelajar semasa dalam pengajian dan setelah bergraduasi nanti.

 

Terdahulu sebelum itu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan Pelajar UNISSA, Awang Haji Hayatuddin bin Haji Moksin selaku Pengerusi Majlis.

 

Minggu Ta'aruf pada tahun ini diadakan selama lima hari dengan beberapa pengisian program bermanfaat yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu dengan pelbagai aspek penting kehidupan sebagai seorang pelajar di UNISSA. Antaranya ialah menghayati hidup beragama, sahsiah yang cemerlang, kepimpinan dan kemasyarakatan.

 

Taklimat induksi yang diberikan termasuk berkenaan dengan proses akademik, program pengajian, kursus-kursus wajib universiti, serta berkenaan dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan program ko-kurikulum yang disediakan untuk pelajar.

 

Selain itu, pelajar juga akan mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan, motivasi, kesihatan mental, kepimpinan dan kemasyarakatan untuk pembangunan jati diri. Program khidmat masyarakat pada tahun ini akan mengambil tempat di pelbagai tempat di keempat-empat daerah.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar Pelajar Baharu diketuai oleh Awang Abdul Malik bin Bahrin, mahasiswa daripada Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam.

 

Majlis berkenaan juga turut dihadiri oleh Penolong-penolong Rektor dan para pegawai utama UNISSA.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07