Home > Bahasa Melayu
Muslimah Masjid UBD Adakan Majlis Khatam Al-Quran
July 25th, 2023 | 10:43 AM | 74 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Muslimah Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Satu Minggu Satu Juz bagi kali yang kedua Tahun 2023, yang diadakan pada Ahad, 27 Zulhijah 1444 Hijrah bersamaan 16 Julai 2023.
Majlis berkenaan diketuai oleh Guru Pembimbing Muslimah Masjid UBD, Pengiran Hajah Rohani binti Pengiran Haji Mohd Daud yang juga selaku Penolong Ketua Muslimah Masjid UBD.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar serta Selawat Tafrijiyyah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas dan diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban dan kemudian diikuti dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya menikmati jamuan.
Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Haji Ahmad Tarmiji bin Haji Md. Daud.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]