FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Ahli PPPBD Akan Hadiri 38th WAGGGS World Conference


 


 July 25th, 2023  |  10:49 AM  |   66 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam menghantar dua ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) yang akan menghadiri 38th World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) World Conference di Cyprus.

 

Dua ahli PPPBD berkenaan terdiri daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Md. Ali selaku Ketua Rombongan dan Pesuruhjaya Antarabangsa PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini.

 

Sementara itu, Dayang Norazrina ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas, di sini menjelaskan, semasa persidangan berkenaan, mereka akan membincangkan pelbagai program dan aktiviti dalam kepanduan dan resolusi-resolusi yang dicadangkan oleh negara-negara bagi memastikan segala program yang akan diikuti oleh Pandu Puteri Sedunia itu nanti akan menghala kepada misi dan visi WAGGGS.

 

Beliau berharap, dengan persidangan berkenaan nanti, selaku ahli PPPBD akan me'review' kembali segala program dan aktiviti persatuan daripada dapatan yang mereka peroleh daripada persidangan berkenaan.

 

WAGGGS World Conference adalah anjuran WAGGGS dan pada kali ini dihoskan oleh Girl Guides Association of Cyprus (GGAC).

 

Dengan membawa tema 'Dream, Act, Lead : The Future Is Ours', persidangan berkenaan akan diadakan buat kali ke-38 yang bermula 26 hingga 31 Julai 2023 dan akan berlangsung di European University, Cyprus.

 

Persidangan dunia berkenaan diadakan sekali dalam jangka masa tiga tahun.

 

Antara pengisian persidangan berkenaan ialah sesi bengkel dan perbincangan mengenai pelbagai praktik terbaik bagi sama-sama mengembangkan kemahiran dan ilmu pengetahuan para ahli serta sesi pengundian dan meluluskan 'proposed motion' serta sesi pengundian para calon ahli World Board WAGGGS.

 

Objektif utama persidangan berkenaan adalah bagi memperluas dan memperjelas pengetahuan ahli-ahli mengenai penyataan visi baharu Compass 2032 serta peranan masing-masing dalam melaksanakan dan merealisasikan visi berkenaan di peringkat nasional di samping menggubal dasar dan mengundi para ahli World Board WAGGGS.

 

Selain itu, ia juga bertujuan bagi membincangkan mengenai dan meluluskan 'proposed motion' yang dikemukakan oleh para ahli penuh WAGGGS serta mewujudkan peluang untuk para ahli membangun jaringan, berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

 

Adalah diharapkan penyertaan persatuan dalam persidangan berkenaan akan dapat membantu dalam meningkatkan kepimpinan, kualiti, potensi dan kapasiti para ahli PPPBD serta memperbaharui dan mempelbagaikan program persatuan yang sedia ada untuk lebih menarik minat golongan perempuan daripada peringkat kanak-kanak ke wanita muda dan dewasa untuk menyertai persatuan dengan penerapan kaedah dan pendekatan yang lebih efektif serta mengembangkan dan memperluaskan hasil kerja persatuan melalui kolaborasi bersama badan-badan atau agensi-agensi yang berkaitan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07