Home > Bahasa Melayu
PPNBD Meriahkan Perayaan Sambutan Hari Keputeraan
July 25th, 2023 | 11:54 AM | 60 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih 40 ahli pengakap terlibat menyerikan acara persembahan pentas perayaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun.
Persembahan bercorak keagamaan dan kerohanian itu dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara (PPDBM) yang berlangsung di Kawasan Lapang berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja di ibu negara, malam tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Dato Paduka Ar. Haji Idris bin Haji Abas, serta para pemimpin dan pesuruhjaya pengakap.
Persembahan yang merangkumi bacaan Al-Quran, nyanyian nasyid, tausyeh itu turut melibatkan ahli-ahli pengakap kelana dan pemimpin pengakap dewasa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]