Home > Bahasa Melayu
Bantu Kesan Siti Hawa
July 25th, 2023 | 11:57 AM | 67 views
TUTONG
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.
Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB di sini, laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan seorang pekerja wanita warganegara Indonesia, iaitu Siti Hawa binti Awahab Ibrahim, 41, dengan nombor pasport, C8834402.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi ke Balai Polis Tutong di talian +673 4221206 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]