FacebookInstagramTwitterContact

 

Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>           Tottenham Will Be More Competitive Next Season – Richarlison           >>           How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'           >>           Heineken To Reopen More Than 60 Closed Pubs           >>           Rachel Reeves: Government Gaslighting People Over State Of Economy           >>           Qantas Agrees Payouts Over 'Ghost Flights'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Padu Asas Keharmonian, Kesejahteraan Kampung


 


 July 25th, 2023  |  12:03 PM  |   61 views

MUKIM MENTIRI

 

Keharmonian dan kesejahteraan sebuah kampung memang menjadi idaman semua penduduk, namun untuk merealisasikan harapan itu perlu digalas bersama semua peringkat termasuk kepimpinan Kampung dan anak buah kampung.

 

“Masyarakat kampung juga perlu sama-sama berganding bahu untuk memastikan kejayaan dalam apa juga program dan aktiviti yang menjurus kepada mengeratkan dan perpaduan kampung," jelas Pemangku Ketua Kampung, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri Kawasan II, Awang Haji Nizam bin Haji Julaihi pada Majlis Kesyukuran atas kejayaan mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-77 Tahun, Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 dan Majlis Meraikan Jemaah Haji yang baru pulang dari Tanah Suci selepas menunaikan rukun haji pada tahun ini.

 

Beliau melahirkan rasa terima kasih atas kerjasama semua Ahli Jawatankuasa (AJK) dan penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama yang padu, di samping menyambut baik segala sumbangan buah fikiran dan material yang diberikan bagi menjadikan majlis-majlis berkenaan berlangsung dengan jaya dan sempurna.

 

Pemangku Ketua Kampung itu yakin kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh AJK, akan menjadi model terbaik kepada masyarakat kampung khususnya golongan muda dan ia perlu dikekalkan dan ditingkatkan bagi memajukan lagi kampung.

 

Pada Majlis itu, Awang Haji Tamit bin Haji Alias, berusia 77 tahun telah dipilih sebagai penerima 'Cenderamata Ilal Hijrah 1445' di atas sumbangan dan penglibatan yang aktif dalam menyumbang peranan khususnya menjadi Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) RPN Kampung Mentiri Kawasan II.

 

Beliau yang mempunyai empat anak dan enam cucu, telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menyumbang tenaga dan bersama-sama ahli lain bergotong-royong untuk 'membisaikan' dalam program dan aktiviti kendalian MPK dan JKKK di kawasan berkenaan.

 

Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim yang juga Ketua Kampung Sungai Buluh hadir menyampaikan cenderamata berkenaan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30