FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar BriCOMP, program pengkomputeran UTB - MIC terima sijil


 


 July 25th, 2023  |  12:05 PM  |   54 views

JERUDONG

 

Seramai sembilan pelajar Program Bridging Universiti Teknologi Brunei (UTB) - Rakan Satelit (SP) dalam Computing (BriCOMP) dan 12 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Computing UTB - Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Common Room, MIC, Kampus Jerudong, pagi tadi.

 

Para pelajar yang telah menamatkan program BriCOMP selama 14 minggu di kolej tersebut berjaya memasuki tahun pertama Program Sarjana Muda di Sekolah Pengkomputeran dan Informatik (SCI) di UTB.

 

Manakala, pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Computing UTB - MIC layak untuk memasuki tahun kedua Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Computing (Major in Network Security), juga di UTB.

 

Sijil-sijil disampaikan oleh Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

 

Turut hadir, pegawai utama UTB dan kakitangan MIC.

 

Semasa berucap, Naib Canselor UTB berkata, Memorandum Perjanjian di antara UTB dan MIC dalam Program Bridging UTB - SP pada tahun 2020 adalah bukti perkongsian yang bermanfaat antara kedua belah pihak serta memberikan harapan yang besar untuk masa hadapan pendidikan dan peluang akademik di negara ini.

 

Di samping itu, jelas beliau, hubungan antara UTB dan MIC itu juga menyokong visi UTB untuk menjadi Universiti Global yang Memberi Impak kepada Masyarakat atau 'Global University Impacting Society' dengan mendukung dua bidang fokus strategik, iaitu Pendidikan Berkualiti dan Quadruple Helix Engagement.

 

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan program-program universiti berkenaan yang sudah mendapat akreditasi, termasuk program di SCI yang telah mendapat akreditasi daripada British Computer Society bagi semua program sarjana muda serta akreditasi dwi separa atau 'dual partial accreditation' bagi program Master of Science (By Coursework) dalam Computing and Information System.

 

Program BriCOMP merupakan Laluan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda yang dijalankan selama 14 minggu untuk lepasan pelajar 'A' Level yang tidak memenuhi mata minimum untuk memasuki program sarjana muda di SCI, iaitu bagi program Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Digital Media (Major in Digital Content Design); Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Digital Media (Major in Game Development); Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Computing (Major in Software Development); Sarjana Muda Sain (Kepujian) dalam Computing (Major in Data Analytics); Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Information Security; dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Computer Networking.

 

Program tersebut bertujuan untuk menyediakan pelajar pengetahuan dan kemahiran asas dalam mempelajari program tersebut.

 

Selepas berjaya menamatkan Program Bridging dalam Computing, pelajar akan melanjutkan pengajian ke UTB bagi mengikuti program ijazah sarjana muda.

 

Program Ijazah Computing UTB-MIC dijalankan dalam tempoh 3 tahun merangkumi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Computing (Major in Network Security) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Computing (Major in Multimedia).

 

Orang ramai yang ingin mengetahui butiran lanjut mengenai program berkenaan, boleh mengunjungi MIC Kampus Gadong atau Kampus Jerudong; atau menghubungi talian +673 2451133 (Gadong) atau +673 2611133 (Jerudong).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07