FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Awang Mohammad Zawawi Johan Peraduan Membaca Al-Quran


 


 July 25th, 2023  |  12:08 PM  |   45 views

JERUDONG

 

Pelajar dari Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Mohammad Zawawi bin Awang Mohammad Zul'zzi muncul johan pada Peraduan Membaca Al-Quran Kategori Alif (Tarannum) Kali Ke-57 bagi para pelajar Sekolah Ugama Peringkat Akhir 1445 Hijrah / 2023 Masihi.

 

Naib Johan pula dimenangi oleh Muhammad Nurhazmi bin Haji Alias dari Sekolah Ugama Mulaut manakala tempat ketiga disandang oleh Muhammad Zikry Aiman @ Muhammad Fikri Aiman bin Mohammad Shairulizam / Shawal dari Sekolah Ugama Rimba I.

 

Peraduan yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Jerudong berkenaan menyaksikan bacaan daripada lima pelajar, iaitu empat qari dan seorang qariah yang terdiri daripada murid-murid Darjah V dan VI persekolahan ugama daripada seluruh negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Penolong Pengarah (Perkhidmatan Korporat), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohammad Hassan.

 

Peraduan berkenaan merupakan inisiatif JPI melalui Bahagian Kokurikulum bagi mendukung hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pembaca Al-Quran yang berkualiti, bagi menyahut gagasan negara untuk menjadikan sebuah Negara Zikir yang sedang mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk minat serta mengasuh bakat para peserta dalam bidang pembacaan Al-Quran sehingga melahirkan para pelapis qari dan qariah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Turut diadakan di Bilik Muzakarah sekolah berkenaan ialah Peraduan Tulisan Jawi Kategori C dan Kategori E Kali Ke-40 Peringkat Akhir.

 

Seramai 20 pelajar daripada persekolahan ugama dan Arab terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka dalam seni tulisan Jawi dengan tujuan memperkasa dan mengekalkan tulisan Jawi sebagai salah satu warisan negara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33