FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


7 Pelajar, Seorang Guru Sertai Program JENESYS


 


 July 25th, 2023  |  12:09 PM  |   59 views

BERAKAS

 

Delegasi seramai tujuh pelajar dan seorang pegawai berlepas ke Jepun, malam tadi bagi menyertai program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) yang akan diadakan selama sembilan hari mulai 25 Julai hingga 2 Ogos 2023.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) terdiri daripada para pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 daripada empat buah sekolah menengah kerajaan, iaitu Awang Mohammad Luqman Al-Hakim bin Haji Abdul Mukti dari Sekolah Menengah Rimba 2; Dayang Nur Najibah Izzati binti Haji Ali Rahman dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab; Dayang Sofiyya Najihah binti Haji Abd. Aziz @ Azis dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Dayang Nuraliyah Afifah binti Zulkifli dari Sekolah Menengah Sayyidina Hussain.

 

Turut serta daripada tiga buah sekolah menengah swasta yang diwakili oleh Awang Akid Ukail @ Ean Mikael bin Edi Farhan dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Dayang Nur Fathin Syuhaidah binti Syamsul dari Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana; dan Awang Ang Chin Gui dari Chung Hwa Middle School.

 

Mengiringi delegasi pelajar sebagai guru pendamping (Chaperone) ialah Dayang Jalilah binti Haji Jali dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke NBD, Tuan Yang Terutama Maeda Toru.

 

Sepanjang program berkenaan, para pelajar akan berpeluang menyertai aktiviti bagi memperingati ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama Jepun-ASEAN.

 

Para pelajar juga akan mempelajari peranan Jepun dalam menggalakkan persefahaman dan persahabatan di antara Jepun dan ASEAN melalui lawatan dan pertukaran budaya.

 

Pelajar juga akan diberi peluang mempelajari bidang khusus berkaitan tema program, iaitu 'Environmental Prevention and Energy', 'Manufacturing and Science Technologies', 'Medical and Social Welfare' dan 'Internet and Education' daripada perspektif global dan melalui kemahiran silang budaya.

 

Turut hadir bagi mengucapkan selamat belayar kepada delegasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah para pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah dan Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33