FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


30 Pegawai Kanan Sertai Program Perkembangan Eksekutif


 


 July 25th, 2023  |  12:10 PM  |   56 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 30 peserta, termasuk 15 pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); dua pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei; tujuh pegawai kanan daripada kementerian-kementerian, iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan; serta enam pegawai kanan luar negara dari Republik Filipina, Republik Indonesia, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Singapura dan Republik Sosialis Vietnam mengikuti Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi pegawai-pegawai kanan dalam bidang Dasar Awam dan Pengurusan kali ke-18.

 

Program berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 24 Julai sehingga 27 Oktober 2023 yang akan disampaikan oleh ahli fakulti yang terdiri daripada para akademik dan para pakar berpengalaman dari Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), Universiti Kebangsaan Singapura.

 

Sehubungan itu, perasmian program berkenaan diadakan petang tadi di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Bolkiah Garison, yang dirasmikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Pengiran Dr. Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pengiran Haji Mohd Yunus selaku tetamu kehormat majlis.

 

Program EDP kali ke-18 berkenaan menampilkan pengisian tempatan seperti pembentangan daripada penceramah jemputan khas dan lawatan-lawatan ke beberapa kementerian dalam usaha untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam (NBD), di samping tumpuan utamanya terhadap dasar dan pengurusan awam.

 

Terdahulu, tetamu kehormat majlis dalam ucapannya menegaskan bahawa pembentukan kursus berkenaan merupakan cerminan bagi pelaburan yang kukuh Kementerian Pertahanan dalam program-program berbentuk pembangunan kapasiti, ke arah mencapai tenaga kerja yang profesional dan berkualiti tinggi.

 

Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan bahawa perkongsian yang lama terjalin di antara Kementerian Pertahanan dan LKYSPP yang menggambarkan komitmen dan dedikasi yang berterusan di antara kedua-dua buah organisasi dalam menjayakan program EDP berkenaan.

 

Turut hadir ialah delegasi daripada LKYSPP yang diketuai oleh Felo Penyelidik Kanan di LKYSPP, Dr. Woo Jun Jie.

 

Seramai 417 pegawai kanan berjaya menamatkan Program Perkembangan Eksekutif berkenaan sejak ia mula diperkenalkan pada 2004.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33