FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PENTARAMA Meriahkan Pentas Perayaan Daerah Tutong


 


 July 25th, 2023  |  12:18 PM  |   53 views

TUTONG

 

Pentas Perayaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77, Tahun 2023 bagi Daerah Tutong, dimeriahkan lagi dengan persembahan PENTARAMA bertempat di Pentas Perayaan kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, yang juga selaku Penghulu Mukim Ukong, Daerah Tutong.

 

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah selaku Pengerusi PENTARAMA; dan Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini selaku Timbalan Pengerusi Persembahan PENTARAMA.

 

PENTARAMA atau pentas, tari dan drama adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Jabatan Penerangan secara bersemuka melalui persembahan pentas sejak 1988 dalam menyalurkan mesej yang membina minda masyarakat dan maklumat rasmi kepada orang ramai mengenai dasar dan aktiviti kerajaan.

 

Persembahan PENTARAMA yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan menerusi Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik dengan kerjasama Cawangan Penerangan Daerah Tutong berkenaan dimulakan dengan lagu tema 'PENTARAMA' diikuti dengan persembahan Tausyeh daripada barisan artis yang terdiri daripada Kumpulan Al Busyra.

 

Selain persembahan lawak jenaka oleh Najib dan Loh daripada BruHaHa, PENTARAMA juga turut diisikan dengan sketsa drama bertajuk 'Bisikan Hijrah'  oleh Seni Kreatif Insan Seni yang antara lain mengisahkan ketua keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sehingga berlakunya keganasan dalam rumah tangga dan penderaan kepada isteri dan anak yang akhirnya menghancurkan keharmonian sebuah keluarga.

 

Di samping itu, para penonton PENTARAMA juga berpeluang untuk menyertai Kuiz Kenegaraan dan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Persembahan PENTARAMA akan diteruskan lagi pada Selasa 25 Julai bagi Daerah Brunei dan Muara di Pentas Perayaan, kawasan lapang berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja dan di Daerah Belait pada Sabtu, 29 Julai di Pentas Perayaan, kawasan Gerai Tudung Saji.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir menyaksikan persembahan PENTARAMA bagi sama-sama memeriahkan lagi Pentas Perayaan bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Ke-77, Tahun 2023.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33