Home > Bahasa Melayu
MOFE Raikan Sambutan Ilal Hijrah
July 25th, 2023 | 12:20 PM | 128 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah bertempat di Dewan Teater, bangunan kementerian berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Awang Haji Muhammad Nazirularifin bin Haji Muhammad Zaini dan disusuli dengan ceramah khas bertajuk 'Esok Mungkin Ada' yang disampaikan oleh Kaunselor Pelawat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abd Ghafor.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Awal Tahun juga dibacakan oleh Awang Haji Muhammad Nazirularifin.
Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan MOFE yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan Sambutan Ilal Hijrah, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian ini.
Pada tahun ini majlis diselenggarakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, MOFE.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Pemangku Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan MOFE serta Jabatan-jabatan di dalamnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]