FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Isu Perlindungan Kanak-Kanak Dititikberatkan


MODERATOR dan penceramah semasa mendengar soalan yang diajukan oleh salah seorang peserta forum. | FOTO: IHSAN UBD

 


 April 12th, 2016  |  10:20 AM  |   4280 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 11 April. - Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB) telah mengadakan Forum Peranan Guru Dalam Perlindungan Kanak-kanak pada 6 April 2016 lepas di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Lebih daripada seratus orang hadir dalam forum tersebut yang terdiri daripada para pensyarah, guru-guru di bawah Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, guru-guru di bawah Jabatan Pendidikan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta para siswa-siswazah UBD khususnya dari jurusan Master of Teaching, Master in Counseling , Sarjana Pendidikan atau Master of Education dan PhD, IPSHB.

 

Majlis selama satu jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, UBD, Dr. Hajah Salwa binti Dato Seri Setia Haji Mahalle yang juga selaku pensyarah dalam bidang kaunseling.

 

110416 PR002 FORUMGURU

DEKAN SHBIE, Timbalan Dekan, moderator dan penceramah jemputan, Dr Lilly Suzana Hj Shamsu dan DSP Maryani Abdul Wahab.

 

Manakala, ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak di Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei iaitu DSP Hajah Mariyani binti Haji Abdul Wahab dan penceramah agama yang berkepakaran dalam Hadith daripada Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang juga merangkap sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA iaitu Ustazah Dr. Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

 

Perbincangan forum memfokuskan peranan guru-guru dan kaunselor dalam melindungi kanak-kanak di sekolah. Forum ini juga turut membincangkan pelbagai isu seperti penderaan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi dan mental, kanak-kanak dalam risiko (neglecting, abandoning & exposing), ibu bapa atau penjaga yang tidak sesuai (unfit guardian), meninggalkan anak tanpa pengawasan, membenarkan kanak-kanak untuk meminta sedekah, aktiviti-aktiviti haram atau aktiviti-aktiviti yang menjejaskan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut dan penyeludupan kanak-kanak.

 

Seperti yang telah dikongsikan oleh Ustazah Dr. Lilly Suzana melalui sebuah hadis yang mafhumnya "Setiap anak yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (suci) justeru ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi (HR Riwayat Bukhari dan Muslim)."

 

Agama Islam sangat menitikberatkan perlindungan kanak-kanak, dan ibu bapa bertanggungjawab dalam melindungi dan membentuk kanak-kanak menjadi seorang yang beragama dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

 

Turut disentuh juga mengenai peranan guru sebagai in loco parentis iaitu ibu-bapa kepada kanak-kanak di sekolah yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memberikan ilmu akademik dan ilmu tentang kehidupan agar kanak-kanak terpelihara dari segi fizikal, emosi dan mental.

 

Guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam melaporkan kepada pihak berwajib jika mengetahui kanak-kanak berisiko dan memerlukan bantuan perlindungan.

 

Sebagai institusi tinggi yang melahirkan calon-calon guru melalui program Master of Teaching (MTeach), IPSHB sangat mengambil berat akan isu-isu yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak khususnya di sekolah. Forum ini juga diharap dapat memberikan kesedaran dan membantu calon-calon guru yang mengikuti MTeach untuk lebih peka dengan hal-hal berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak.

 

MTeach adalah program perguruan selama 18 bulan di IPSHB, UBD. Program ini menerima calon preservice atau in service. Antara bidang pengkhususan MTeach ialah Early Childhood Education and Care, Primary Education, Secondary Education, Vocational and Technical Education, dan Higher Education.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Universiti Brunei Darussalam

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19