FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IHP Mei 2023 Catat Peningkatan


 


 July 26th, 2023  |  11:10 AM  |   88 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi bulan Mei 2023, Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan-ke-bulan menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.3 peratus didorong oleh peningkatan harga makanan dan minuman ringan; dan harga bukan makanan masing-masing sebanyak 0.3 peratus.

 

Peningkatan bulan-ke-bulan bagi harga makanan dan minuman ringan adalah disumbangkan oleh sayur-sayuran (1.1 peratus); ikan dan makanan laut (0.5 peratus); dan daging (0.4 peratus). Peningkatan harga sayur-sayuran adalah disebabkan oleh kenaikan kos baja bagi pengeluaran lada hidup.

 

Perkara tersebut antara yang dimaklumkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik dalam Siaran Akhbar mengenai IHP bagi bulan Mei 2023 di Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam Siaran Akhbar tersebut juga memaklumkan bahawa peningkatan harga bukan makanan disumbangkan oleh pakaian dan kasut (9.0 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.7 peratus); dan rekreasi dan kebudayaan (0.5 peratus).

 

Bagi perubahan tahun-ke-tahun, IHP meningkat sebanyak 0.8 peratus berbanding dengan bulan Mei 2022. Peningkatan ini adalah didorong oleh peningkatan harga makanan dan minuman ringan; dan bukan makanan masing-masing sebanyak 2.8 peratus dan 0.3 peratus.

 

Peningkatan tahun-ke-tahun bagi harga makanan dan minuman ringan adalah disebabkan oleh kenaikan harga seperti beras dan bijirin (5.6 peratus); ikan dan makanan laut (3.2 peratus); dan daging (3.0 peratus), antaralain didorong oleh kenaikan harga bahan-bahan mentah dan bekalan yang terhad.

 

Di samping itu, peningkatan harga bukan makanan pula adalah didorong oleh pakaian dan kasut (6.7 peratus); restoran dan hotel (4.2 peratus); dan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus). Peningkatan harga pakaian dan kasut adalah selaras dengan kenaikan harga bahan pakaian.

 

Kenaikan harga restoran dan hotel adalah berikutan peningkatan harga perkhidmatan katering berkontrak. Manakala peningkatan rekreasi dan kebudayaan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga pakej percutian termasuk haji dan umrah.

 

IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan.

 

Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

 

Laporan penuh IHP bagi bulan Mei 2023 boleh didapati di laman sesawang JPES melalui 'https://deps.mofe.gov.bn'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33