FacebookInstagramTwitterContact

 

Audience and 'Junjung Ziarah' Ceremony           >>           Prepping Tips: How To Prepare A Food Storage Starter Kit           >>           Study: Eating An Avocado A Day Can Help Improve Overall Diet Quality           >>           STUDY: Anger Can Increase Heart Attack Or Stroke Risk For Up To 40 Minutes           >>           Kelly Osbourne Looks Unrecognizable After Blonde Hair Transformation           >>           Why Jill Zarin Is Defending Her Controversial Below Deck Appearance           >>           Rafah: UN Says 80,000 Have Fled Gaza City As Israeli Strikes Intensify           >>           Eurovision: Thousands Protest Against Israel's Entry In Malmo           >>           Israel-Gaza War: Biden To Halt Some Arms Supplies If Israel Invades Rafah           >>           GB News Investor Loses Legal Row Over Shipwreck Silver           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Keemasan Bersua Muka Bersama Raja Berjiwa Rakyat


 


 July 26th, 2023  |  11:12 AM  |   62 views

TUTONG

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain bagi bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk di negara ini apabila berpeluang untuk bersua muka lebih dekat bersama raja dan pemimpin negara Islam yang bijaksana, berkarisma, penyayang dan berjiwa rakyat.

 

Masyarakat dan penduduk mendapat peluang keemasan kerana berkesempatan untuk bersua muka bersama Ulil Amri yang dikasihi, pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia   Ke-77, Tahun 2023, pagi tadi bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

 

"Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur dan teruja kerana pada tahun ini masih dapat melibatkan diri pada acara hari ini bagi mewakili persembahan gulintangan.

 

"Dalam kesempatan ini, saya ingin merafakkan rasa syukur ke hadapan majlis Kebawah DYMM Ke-77 Tahun. Didoakan semoga baginda kekal karar memerintah negara, Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik," jelas Awang Kamal bin Ringgit, salah seorang Ahli Jawatankuasa dan penduduk Kampung Ukong.

 

Sementara itu, salah seorang belia ketika ditemu bual juga melahirkan rasa syukur kerana dapat bersama lagi pada tahun ini meraikan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-77.

 

"Saya merasa bangga kerana dapat memperkenalkan budaya puak Dusun yang masih lagi diamalkan hingga ke hari ini," jelas Awang Zulazri Hisham bin Zulkarnaen, pelajar dari Sekolah Menengah Tanjong Maya.

 

Beliau seterusnya menyembahkan ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Keputeraan ke hadapan majlis baginda yang ke-77 tahun.

 

Beliau turut mendoakan semoga baginda dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan afiat untuk terus memimpin negara berdaulat berlandaskan ajaran agama Islam. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

 

Bagi dua murid Tahun 5 dari Sekolah Nusa Jaya, Keriam, iaitu Dayang Nur Adni Adelia binti Abang Muhamad Nur Kamal; dan Dayang Siti Nuradlina Farisyah binti Mohd. Saidin, mereka merasa amat gembira kerana dapat menyumbangkan sesuatu sebagai hadiah kepada Kebawah DYMM melalui terlibat dengan persembahan koir.

 

"Selain itu, kami dapat berjumpa sultan dan kerabat diraja yang lain secara bersemuka untuk dijadikan sebagai kenangan terindah," tambah Dayang Nur Adni Adelia.

 

Manakala, Tommy Driskill dari Amerika Syarikat merupakan pelancong yang berada di negara ini selama lima hari bagi menyaksikan kemeriahan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM pada kali ini.

 

Menurutnya, ini adalah kali kedua beliau menjejakkan kaki di negara ini dan kali pertama adalah pada 2017 bersama ayah dan adiknya tetapi untuk cuti pendek sahaja.

 

"Rakyat Brunei sangat bertuah kerana mempunyai seorang raja yang baik dan negara yang aman.

 

"Orang-orang di sini juga banyak yang baik hati. Selain itu, Brunei adalah sebuah negara yang selesa dan selamat untuk dikunjungi," ujarnya.

 

Beliau juga turut mengambil kesempatan menyembahkan ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Keputeraan ke hadapan majlis baginda dan didoakan semoga baginda sentiasa dalam kesihatan yang baik dan sejahtera.

 

Tommy dan teman wanitanya, Elena Tkacheva dari Rusia akan pulang ke AS pada sebelah malam nanti dan peristiwa pada hari berkenaan akan menjadi satu memori manis dalam hidup mereka berdua.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33