Home > Bahasa Melayu
Brunei Bersih Terap Konsep Kebersihan Dalam Islam
July 26th, 2023 | 11:14 AM | 74 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selain Jerayawara Brunei Bersih ke sekolah-sekolah, Program Pembarigaan Kesedaran Kebersihan dan Pembarigaan bagi Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Penggal 30, Pindaan 2021 dilaratkan lagi di sekitar kawasan Bandar Seri Begawan (BSB) semasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Bandaran BSB iaitu pada 17 sehingga 20 Julai 2023 ini dengan pengagihan 'brochure', poster dan pelekat khas 'Brunei Bersih' serta penerangan mengenainya.
Program yang bertemakan 'Brunei Bersih' ini antara lain menerapkan konsep kebersihan dalam Islam dan menjunjung konsep patriotisme terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan perlu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat sebagai tanggungjawab bernegara.
Antara matlamat program ini adalah untuk mendidik masyarakat orang awam secara amnya dan penjaja-penjaja secara khasnya dalam sama-sama memainkan peranan penting bagi mengekalkan usaha-usaha kebersihan melalui wadah pendidikan, pengajaran dan tatacara kebersihan yang sewajarnya.
Program ini diharapkan akan dapat mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam sama-sama menjaga kebersihan Negara Brunei Darussalam.
Jabatan Bandaran BSB berkeyakinan dan berharap agar program seperti ini akan dapat membawa slogan'Brunei Bersih' secara meluas dan berharap ia akan memberi impak kepada khasnya peniaga-peniaga dan pengunjung sepanjang perayaan ini tentang impak kebersihan keselamatan dan kesihatan alam sekitar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]