FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PENTARAMA Ketengahkan Mesej Pendidikan, Negara, Agama


 


 July 26th, 2023  |  11:18 AM  |   47 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik meneruskan lagi Persembahan PENTARAMA di Pentas Perayaan Kawasan Letak Kereta Berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat selaku Ketua Kampung Subok.

 

Turut hadir, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan selaku Ketua Kampung Belimbing dan Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini yang juga selaku Timbalan Pengerusi PENTARAMA. Juga hadir, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, Awang Haji Amir Azman bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Abdul Rahman, Penghulu dan Ketua-ketua kampung Mukim Kota Batu.

 

Persembahan PENTARAMA dimulakan dengan lagu tema 'PENTARAMA' oleh barisan artis yang terdiri daripada Kumpulan Al Busyra yang juga mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah dan nasihat.

 

Persembahan pada malam itu juga menampilkan lakonan sketsa drama bertajuk 'Bisikan Hijrah' oleh Seni Kreatif Insan Seni yang antara lain mengisahkan ketua keluarga terlibat dengan penyalahgunaan dadah sehingga berlakunya keganasan dalam rumah tangga dan penderaan kepada isteri dan anak yang akhirnya menghancurkan keharmonian sebuah keluarga.

 

PENTARAMA turut dimeriahkan dengan lawak jenaka oleh pelawak tanah air iaitu Najib dan Loh dari BruHaHa yang antara lain menyentuh mengenai isu kesihatan mental dan juga inisiatif Kementerian Kesihatan melalui Talian Harapan 145 yang antaranya memberikan khidmat nasihat atau kaunseling dalam menangani situasi atau tekanan yang menyebabkan gangguan mental atau emosi.

 

Para penonton juga berpeluang untuk menyertai Kuiz Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan. Penyampaian hadiah-hadiah kepada para peserta disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Persembahan PENTARAMA ini merupakan kesinambungan dari Persembahan PENTARAMA di Daerah Tutong yang telah diadakan pada 24 Julai 2023.

 

Dalam pada itu, Persembahan PENTARAMA akan diteruskan lagi di Daerah Belait di mana merupakan daerah terakhir bagi persembahan PENTARAMA pada Sabtu, 29 Julai 2023 bertempat di Pentas Perayaan Kawasan Gerai Tudung Saji, Kuala Belait.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir menyaksikan Persembahan PENTARAMA bagi sama-sama memeriahkan lagi Pentas Perayaan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang Ke-77.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59