Home > Bahasa Melayu
Lantikan, Penetapan Jawatan
July 26th, 2023 | 11:21 AM | 55 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk melantik Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Amat Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris menjadi Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan seterusnya ditetapkan dalam jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Tarikh lantikan dan penetapan jawatan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai Rabu, 8 Muharam 1445 bersamaan 26 Julai 2023.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]