FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Daerah Tutong Junjung Keberangkatan Raja Tercinta


 


 July 26th, 2023  |  11:26 AM  |   180 views

TUTONG

 

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  Ke-77 bagi 1445 Hijrah / 2023 Masihi, disambut dengan meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat daerah berkenaan yang tidak melepaskan peluang untuk bersua muka dengan raja yang dikasihi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Ke-77.

Para penuntut sekolah turut meraikan majlis berkenaan dengan mengibarkan bendera-bendera kecil negara di tepi jalan raya menuju ke Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan bagi sama-sama menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain.

 

Paluan hadrah turut mengiringi keberangkatan Kebawah DYMM dan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' berkumandang sebaik sahaja baginda berserta kerabat diraja berangkat tiba di Pentas Diraja.

 

Baginda berserta kerabat diraja kemudian berkenan menyaksikan Persembahan Khas yang bertemakan 'Kekal Beraja, Kekal Bernegara' yang melibatkan lebih 400 peserta.

 

Kebawah DYMM seterusnya dijunjung berangkat ke Pentas Persembahan Khas bagi sesi bergambar ramai dan berkenan beramah mesra bersama para peserta Persembahan Khas, sebelum berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong.

 

Berangkat mengiringi Kebawah DYMM ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Antara yang menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong berkenaan ialah para penduduk daripada mukim-mukim di Daerah Tutong termasuk Mukim Pekan Tutong, Mukim Kiudang, Mukim Rambai dan Mukim Ukong.

 

Turut menyertai ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pusat Kegiatan Warga Emas, anak-anak istimewa, persatuan dan kumpulan belia; Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN); bank-bank, syarikat-syarikat telekomunikasi, masyarakat dan Dewan Perniagaan Tiong Hwa; serta masyarakat dan Dewan Perniagaan India.

 

Sepanjang ramah mesra dan junjung ziarah berkenaan, Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan pelbagai pameran dan persembahan daripada para penduduk di daerah berkenaan dalam khemah-khemah yang tersedia.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung berangkat bagi Majlis Santap.

 

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong, Awang Haji Kaharuddin bin Haji Ali.

 

Dengan adanya penglibatan rakyat dan penduduk Daerah Tutong daripada pelbagai latar belakang dan budaya pada Majlis Ramah Mesra berkenaan, ia bukan sahaja dapat memupuk perpaduan masyarakat di negara ini malah mengeratkan jalinan hubungan di antara raja dengan rakyat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59