FacebookInstagramTwitterContact

 

Sports Festival for Primary School Students           >>           Haj Management Briefing           >>           Haj Management and Services Briefing           >>           Munajat Night           >>           Motivational Camp Closing Ceremony           >>           Village Head Voting and Selection           >>           Cleaning Campaign Activity           >>           Nurses are the Backbone of Health Care System           >>           International Nurses Day           >>           Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bengkel Bantu Tingkatkan Keyakinan Pelajar


 


 July 27th, 2023  |  09:46 AM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk mempersiapkan pelajar khususnya dalam persediaan menghadapi perjuangan di peringkat universiti, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) mengadakan bengkel yang bertajuk, 'University Student Survival Guide', yang diketuai oleh presiden persatuan tersebut, Awang Muhammad Najib bin Haji Latif, baru-baru ini.

 

Bengkel yang membawakan tajuk 'University Student Survival Guide' itu merupakan acara tahunan persatuan tersebut di mana membantu pelajar-pelajar universiti dalam menangani isu-isu yang dihadapi dan seterusnya membina keyakinan dalam mengharungi kehidupan di universiti.

 

Seramai 23 pelajar mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam seperti Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei (PB).

 

Sasaran utama bengkel tersebut, di mana para pelajar perlu mempelajari teknik yang betul bagi mencipta matlamat, hala tuju dan mengatasi 'procrastination'melalui petua-petua praktikal, pemahaman teori tentang bagaimana minda terus berfungsi dengan baik. Selain itu, para pelajar juga mempelajari kemahiran utama dalam 'navigate' atau hala tuju dalam kehidupan.

 

“Pada mulanya, saya beranggapan bahawa bengkel ini hanyalah untuk panduan terhadap 'survival' bagi pelajar-pelajar menempuh perjalanan di universiti supaya mereka tidak terlalu 'overwhelmed' untuk mengikuti pengajian di universiti akan tetapi sebenarnya, ia lebih daripada itu, ia memberikan gambaran yang lebih luas, bukan sahaja kehidupan di universiti akan tetapi juga untuk hala tuju kehidupan kita," ujar salah seorang pelajar, Awang Haikal Haziq dari UBD.

 

Selain itu, salah seorang peserta juga mengongsikan pengalamannya bahawa bengkel tersebut memberikannya akan gambaran yang lebih besar khususnya terhadap matlamat dan sasaran yang ingin dicapai dan apa yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat dan sasaran tersebut.

 

Berikutan dengan maklum balas yang memberangsangkan terhadap bengkel tersebut, Persatuan KESAN menawarkan para pelajar untuk menyertai Catalyst Mentorship Program di mana mereka akan berada di bawah bimbingan mentor daripada Persatuan KESAN.

 

Program ini akan diisikan dengan pelbagai aktiviti bulanan dari bulan Ogos hingga November di mana ia direka khas bagi menyokong dan mengembangkan lagi keupayaan pelajar untuk bertahan dan meneruskan pengajian di universiti.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, para pelajar boleh mengikuti media sosial Instagram Persatuan KESAN di '@persatuan_kesan' untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59