FacebookInstagramTwitterContact

 

Haj Management and Services Briefing           >>           Munajat Night           >>           Motivational Camp Closing Ceremony           >>           Village Head Voting and Selection           >>           Cleaning Campaign Activity           >>           Nurses are the Backbone of Health Care System           >>           International Nurses Day           >>           Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hari Terbuka L3C Beri Pendedahan Peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat


 


 July 27th, 2023  |  09:49 AM  |   49 views

LAMBAK KANAN

 

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) julung kalinya mengadakan Majlis Perasmian bagi Hari Terbuka Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) Tahun 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, L3C yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Julai 2023.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah (Akademik), L3C, Kementerian Pendidikan, Walter Chong Meng Siong.

 

Beberapa taklimat yang disampaikan oleh pembekal-pembekal latihan juga telah disusun untuk para pengunjung di sepanjang Hari Terbuka.

 

Semasa Hari Terbuka tersebut, para pengunjung akan berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan lebih 20 peserta pameran yang terdiri daripada L3C; Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan pembekal-pembekal latihan berdaftar (registered training providers) daripada sektor awam dan swasta serta pelbagai vendor makanan yang terdiri daripada alumni program masakan dan kraftangan L3C juga terlibat sama.

 

Selain itu, pembayaran yuran pendaftaran untuk menyertai program-program peningkatan akademik, perkembangan komuniti dan perkembangan peribadi juga boleh dibuat semasa Hari Terbuka tersebut dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

 

Antara objektif utama Hari Terbuka tersebut adalah bagi memperluaskan dan mempelbagaikan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat orang ramai, khususnya orang dewasa dan lepasan sekolah, selaras dengan peranan L3C.

 

Di samping itu, orang ramai juga berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan di bawah kawalan L3C iaitu program-program perkembangan tenaga kerja, peningkatan akademik, perkembangan komuniti dan perkembangan peribadi.

 

Hari Terbuka tersebut akan berlangsung dari pukul 9:00 pagi hingga 4:30 petang (kecuali Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang).

 

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi L3C melalui talian +673 234 6201 (pada waktu bekerja) atau e-mel '[email protected]'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59