Home > Bahasa Melayu
Bantu Tingkat Stok Bekalan Darah
July 28th, 2023 | 09:24 AM | 84 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen berkenaan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Kempen-kempen berkenaan akan diadakan pada Sabtu, 29 Julai 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat Atrium Aras Bawah, Onecity Shopping Mall, Kampung Sungai Hanching anjuran Rotary Club Brunei Darussalam.
Manakala pada Isnin, 31 Julai 2023, bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat Atrium Aras Bawah, Onecity Shopping Mall, Kampung Sungai Hanching anjuran Onecity Shopping Mall Management.
Selain itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, juga akan mengadakan Kempen Derma Darah pada Isnin, 31 Julai 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang di Tempat Pengambilan Darah, Lantai Bawah, Hospital PMMPMHAMB, Tutong.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi Kempen Derma Darah berkenaan adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]