FacebookInstagramTwitterContact

 

Water Valve Repair Works           >>           Signing Ceremony           >>           Active Weather Conditions are expected to Start Tomorrow           >>           Informed Society Programme           >>           Art Exhibition           >>           Visit to Important Locations in Islamic History           >>           Signing of the Memorandum of Understanding           >>           Borneo Islamic International Conference Presentation           >>           155th Session of W.H.O. Executive Board Meeting           >>           Borneo Islamic International Conference Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mewujudkan Kesinambungan Hubungan Rapat Antara Dua Negara


 


 July 28th, 2023  |  11:14 AM  |   92 views

BERAKAS

 

Hubungan antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Singapura terjalin dengan baik sejak 1950-an lagi oleh para pemimpin kedua-dua negara sebelum ini, dan diperkukuh lagi oleh kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sangat memahami dan menghargai ikatan persahabatan yang sedia ada antara kedua-dua buah negara.

 

Oleh sebab itu, pada era-era dari dahulu hingga sekarang, ia berkembang menjadi era kerjasama yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak.

 

Berucap pada sesi perbincangan bersama para peserta 30th Senior Management Programme (SMP), Republik Singapura bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman turut menekankan bahawa Program Pengurusan Kanan yang para peserta sedang ikuti berkenaan merupakan manifestasi hasrat yang murni.

 

Maka tambah Yang Berhormat, dari semasa ke semasa NBD dan Republik Singapura akan memastikan kesinambungan berterusan hubungan mesra antara kedua-dua negara sentiasa dalam semangat yang murni sepertimana yang terjalin selama hampir 70 tahun.

 

Secara peribadi, Yang Berhormat percaya akan kepentingan dan keberkesanan mewujudkan semangat menjamin kesinambungan hubungan rapat antara kedua-dua negara, bukan hanya hubungan di peringkat menteri dan peringkat para pegawai tinggi dalam suasana formal.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama juga turut menyatakan bahawa falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) merupakan model kenegaraan NBD dengan memfalsafahkan nilai sejarah dan budaya serta amalan terbaik agama Islam.

 

Acara diteruskan dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke NBD, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow,  yang antara lain memfokuskan mengenai pelbagai isu perkhidmatan ugama terutama daripada aspek dasar, pengurusan dan pentadbiran.

 

Di samping itu, sesi berkenaan juga memberi para peserta program lebih pemahaman mengenai pembangunan-pembangunan utama di negara ini, iaitu latar belakang dan konteks perhubungan yang istimewa antara NBD dan Republik Singapura serta menerokai pelbagai cara untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang.

 

Hadir sama pada perbincangan berkenaan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap, KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; dan juga Ahli-ahli Muzakarah KHEU.

 

Terdahulu acara dimulakan dengan sesi makan tengah hari Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama para peserta 30th SMP, Republik Singapura di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan kementerian berkenaan.

 

Delegasi 30th SMP, Republik Singapura diketuai oleh Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Negara dan Bahagian Perkhidmatan Awam, Republik Singapura, Puan Teoh Zsin Woon.

 

Delegasi sedang dalam rangka lawatan ke NBD selama tiga hari dari 25 hingga 27 Julai 2023.

 

Turut sama mengiringi delegasi ialah para pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura ke NBD.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Allies Back Modi For Third Term After Election Setback

 2024-06-06 00:48:53

Court Rules Google Must Face £13.6bn Advertising Lawsuit

 2024-06-06 00:25:48