FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Sekolah Menengah Lambak Kiri Juara Kejohanan Unified Bocce


 


 August 3rd, 2023  |  09:27 AM  |   8239 views

BERAKAS

 

Pasukan Sekolah Menengah Lambak Kiri mendapat pingat emas dan dianugerahkan piala pusingan serta piala kemenangan 'Unified Bocce' pada Majlis Penutup Kejohanan Unified Bocce Sekolah-sekolah Menengah Senegara Kali Kedua yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Lambak Kiri.

 

 Manakala Pasukan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah menerima pingat perak dan Pasukan Sekolah Menengah Berakas serta Sekolah Menengah Menglait masing-masing mendapat pingat gangsa.

 

 Penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat majlis.

 

 Hadiah-hadiah saguhati juga disampaikan oleh tetamu kehormat, yang turut menyampaikan piala kepada Pemain Terbaik keseluruhan bagi kejohanan tahun ini, iaitu Awang Md. Danish Aliuddin bin Md. Norizan dari Sekolah Menengah Lambak Kiri.

 

 Kejohanan yang bermula kelmarin itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK) dan Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD).

Sebanyak 26 pasukan daripada sekolah-sekolah menengah kerajaan menyertai kejohanan tersebut, di mana setiap pasukan diwakili oleh empat ahli yang terdiri daripada tiga pelajar berkeperluan khas dan seorang tenaga pengajar Program Pra-Vokasional.

 

 Antara tujuan kejohanan adalah bagi mewujudkan dan memupuk minat serta mencungkil bakat pelajar berkeperluan khas dalam sukan Bocce dan sukan lain secara umum.

 

 Selain itu, ia juga sebagai salah satu usaha untuk memupuk persahabatan dan pemahaman tentang nilai perbezaan serta kepelbagaian dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

 

 Turut hadir pada kejohanan berkenaan ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas dan JPKK; pemimpin sekolah, guru-guru, serta wakil-wakil dari Majlis Paralimpik Brunei, SOBD juga Persatuan Volunteer and First Aid Support Team Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07