FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejayaan Belia Mencorak Masa Depan Negara


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI :(Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohiddin, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 November 4th, 2016  |  10:42 AM  |   1873 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 3 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, satu tanda belia cepat berubah, apabila mendapati ramai di kalangan mereka, walaupun dalam usia masih muda, telah mencapai kejayaan-kejayaan sangat bermakna dalam pelbagai bidang, seperti bidang kedoktoran, guaman, kejuruteraan, keugamaan, keusahawanan dan lain-lain.

 

Kejayaan-kejayaan yang diperolehi itu, titah baginda, adalah alat untuk para belia berkecimpung mencorakkan masa depan negara.

 

031116 HBK AZMAH 16

 

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta kerabat Diraja semasa mendengarkan penerangan dari salah seorang belia.

 

"Belia seperti ini tidak syak lagi adalah belia yang berwawasan lagi cemerlang," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

"Negara adalah sungguh-sungguh mengimpikan mereka. Tanpa mereka,negara akan kehilangan tonggak atau pasaknya. Tidak ada alasan untuk para belia lemah dan menyerah kalah. Ini bukan sifat belia. Belia adalah berani dan gagah," titah baginda.

 

031116 HBK AD-BELIA-22

KEBAWAH DYMM dan kerabat diraja berkenan mengabadikan gambar kenangan.

 

Baginda bertitah, para belia berani membuka perusahaan sendiri, walaupun mula-mulanya secara kecil-kecilan, seperti meneroka khidmat cuci kereta, menternak ikan, industri kreatif dan seumpamanya, tetapi dari kecil itu ia boleh jadi besar, jika para pengusaha belia terus gigih dan tabah.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, semua apa yang dirancang dan dibuat adalah cabaran belaka kerana ia memerlukan kertas kerja dan pengorbanan.

 

Pengorbanan itu, titah baginda, bukan setakat wang ringgit dan tenaga, tetapi turut lebih penting ialah berkorban dengan masa.

 

031116 HBK AD-BELIA-28

 

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar ramai bersama belia-belia.

 

Kebawah DYMM bertitah, kalau kita menggunakan masa di jalan kebajikan, itulah satu pengorbanan paling berkesan, dengan kita mengawal diri dari menggunakannya secara sia-sia.

 

"Jika ini dijadikan amalan, bererti kitalah orang yang pandai atau bijak memilih, di mana landasan yang betul dan selamat," titah baginda.

 

"Sebab itu, kerana tingginya harga masa itu, Allah sendiri sampai bersumpah dengan masa, bahawa semua manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang mengisi masa dengan amal-amal kebajikan. Demikian, menurut Al-Quran, Surah Al-'Asr," titah baginda.

 

Di sinilah, jelas titah baginda, cabaran untuk semua, dalam perkara menggunakan masa.

 

Baginda bertitah, jika silap menggunakannya, bererti kita menjerumuskan diri ke dalam satu krisis kehidupan, dan krisis ini, mesti segera diatasi.

 

031116 HBK HAMZAH-035

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar kenangan bersama para penerima anugerah.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah, para belia mempunyai banyak masa dan peluang untuk terus berkembang.

 

Baginda bertitah, tinggal saja lagi terpulang kepada mereka, sama ada mahu merebutnya ataupun tidak.

 

Adapun memanfaatkan masa dengan sewajarnya, jelas titah baginda, adalah pilihan orang-orang yang bijaksana.

 

Dalam pada itu Kebawah DYMM bertitah berharap, para belia kita hendaklah termasuk antara mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16