FacebookInstagramTwitterContact

 

Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>           Certificate Presentation           >>           Beads Exhibition: 1000 Years Media Conference           >>           Academic Discussion           >>           'Tarbiah Ibadah Haji' Closing Ceremony           >>           Doa Selamat for Intending Haj Pilgrims           >>           Reforestation Project Initiative           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasukan Negara Akan Bersaing Dalam AFF U23 Championship ​


 


 August 10th, 2023  |  12:17 PM  |   92 views

BERAKAS

 

Pasukan Bolasepak Kebangsaan Bawah Umur 23 tahun akan bertandang ke Thailand bagi bersaing dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN Bawah 23 Tahun 2023 (AFF U23 Championship 2023) yang dijadualkan berlangsung bermula 17 Ogos hingga 22 Ogos 2023.

 

Pasukan Negara Brunei Darussalam (NBD) berada dalam Kumpulan 'A' bersama tuan rumah Thailand, Kemboja dan Myanmar.

 

Sebelum ke Thailand, pasukan negara terlebih dahulu akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama Laos pada 12 Ogos ini.

 

Sehubungan itu, rombongan seramai 33 orang terdiri daripada 23 pemain dan 10 pegawai yang diketuai oleh Pengurus Pasukan, Pengiran Haji Mohd. Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin berlepas meninggalkan negara petang tadi.

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlayar ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

 

Juga hadir ialah Setiausaha Agung FABD, Awang Haji Mohamad Shahnon bin Haji Mohd. Salleh, serta Ahli-ahli EXCO, Awang Haji Md. Noor bin Haji Abd. Hamid, Ah Chua bin Bangau, Awang Bujang bin Haji Japar.

 

Semasa ditemui, Penolong Pengurus Pasukan, Awang Haji Adee Suharde bin Haji Muhidin menjelaskan bahawa persiapan para pemain U23 menjelang Kejohanan AFF kali ini sudahpun dibuat lebih awal yang mana pada bulan Jun lalu mereka telah mengadakan latihan di Tabuk, Arab Saudi.

 

Beliau menambah, selepas dari Arab Saudi, latihan diteruskan lagi setiap minggu, di samping mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab tempatan antaranya Indera SC dan Kasuka FC.

 

“Alhamdulillah keputusan adalah memuaskan dan dari perlawanan tersebut, para jurulatih dapat melihat tahap kemampuan para pemain dan memperbaiki mana-mana kelemahan yang perlu," ujarnya.

 

Menurut beliau, perlawanan persahabatan dengan Laos yang akan diadakan pada 12 Ogos ini pula merupakan perlawanan persahabatan timbal balik iaitu jemputan daripada Laos kerana sebelum ini NBD pernah menjemput Laos bagi perlawanan persahabatan di NBD.

 

Para pemain yang menyertai ini tambahnya, merupakan pemain-pemain yang dipilih dari liga tempatan, Liga Super Brunei dengan kebanyakannya adalah dari kelab Indera SC, Kasuka FC dan Kota Ranger FC.

 

Awang Haji Adee Suharde seterusnya mengongsikan, selepas Kejohanan AFF U23 di Thailand, pasukan negara seterusnya akan bertandang ke Jordan bagi saingan AFC U23 yang dijadualkan pada bulan September depan.

 

Pada Kejohanan AFF U23 nanti, NBD di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Atsushi Hanita, berada dalam Kumpulan 'A' di mana perlawanan pertama adalah menentang Kemboja pada 17 Ogos 2023, diikuti dengan Thailand pada 19 Ogos dan bertemu dengan Myanmar pada 21 Ogos 2023.

 

Sementara itu, Kumpulan 'B' diwakili oleh Malaysia, Indonesia dan Timor Leste, manakala Kumpulan 'C' terdiri daripada Republik Filipina, Laos dan Viet Nam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34