FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Perkembangan, Pencapaian Era Pemerintahan Kebawah DYMM


 


 August 10th, 2023  |  12:49 PM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Buku Kesultanan Brunei Dari Pelbagai Perspektif ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan dengan memuatkan beberapa buah makalah di dalamnya yang merakamkan peristiwa-peristiwa dan perkembangan sejarah negara sepanjang 56 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Makalah-makalah dalam buku berkenaan bukan hanya memperkatakan mengenai perkembangan dan pencapaian era pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, akan tetapi juga luar tempoh pemerintahan baginda, namun tidak keluar daripada batasan kajian yang berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam.

 

 Perkara berkenaan dikongsikan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), Profesor Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail ketika menjawab pertanyaan wakil Pelita Brunei pada Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Kesultanan Brunei Dari Pelbagai Perspektif yang diadakan di Bilik Musyawarah, Pusat Sejarah Brunei, petang tadi.

 

Buku Kesultanan Brunei Dari Pelbagai Perspektif berkenaan juga tambahnya, mengetengahkan beberapa tema dan sektor penting antaranya dari segi konsep Melayu Islam Beraja, pendidikan, pentadbiran, kesihatan, Rancangan Perumahan Negara, dasar kebajikan dan pelbagai aspek lain yang menarik termasuk kajian mengenai usaha dan tindakan pihak kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini.

 

Menurut Profesor Dr. Haji Awang Asbol lagi, orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi buku berkenaan bolehlah mendapatkannya dengan harga BND30 untuk kulit tebal manakala BND25 untuk kulit nipis.

 

Dalam pada itu, buku berkenaan juga kini boleh didapati di jualan Pesta Buku Brunei (PBB) 2023 di petak Pusat Sejarah Brunei (PSB) dan kini ditawarkan dengan harga-harga promosi yang istimewa.

 

Namun, setelah selesai berlangsungnya PBB nanti, orang ramai masih boleh mendapatkan buku berkenaan di Kedai Buku PSB dengan harga asal yang dinyatakan tadi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15