FacebookInstagramTwitterContact

 

OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>           Cristiano Ronaldo Aims To Defy Age, Continue At 'High Level'           >>           Marko Rudan Quits As Western Sydney Wanderers ALM Coach           >>           Can US Floating Pier Improve Gaza’s Critical Aid Pipeline?           >>           Key Weeks Ahead For Russia’s War In Ukraine           >>           Why Biden-Trump Debates Come With Risks For Both Sides           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Buku Kesultanan Brunei Dari Pelbagai Perspektif Akan Dilancarkan


 


 August 10th, 2023  |  13:13 PM  |   181 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei (PSB) akan mengadakan Majlis Pelancaran Penerbitan Buku Kesultanan Brunei Dari Pelbagai Perspektif pada Jumaat, 11 Ogos ini, pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Jawatan Dalam PSB.

 

 Naib Yang Di-Pertua (YDP), Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, yang juga selaku Pemangku Yang Di-Pertua PESEBAR mengongsikan mengenai perkara berkenaan pada Sidang Media mengenai majlis berkenaan yang diadakan petang tadi bertempat di Bilik Musyawarah, PSB, di sini.

 

 Menurut Awang Haji Mohd Rozan, penerbitan buku berkenaan merupakan terbitan khas sebagai satu sumbangan PESEBAR sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun.

 

 "Sebagai sebuah persatuan yang mengambil perhatian terhadap perkembangan sejarah tanah air, PESEBAR ingin merakamkan peristiwa-peristiwa dan perkembangan sejarah negara sepanjang 56 tahun pemerintahan baginda yang akan dijadikan ristaan dan kenangan serta aspirasi generasi sekarang dan akan datang," jelas beliau.

 

 Tambahnya, penerbitan buku berkenaan juga turut ditaja oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), dan ia mengandungi 18 buah makalah yang disumbangkan oleh para penulis tanah air dan luar negara termasuk dalam kalangan golongan belia di negara ini.

 

 "Golongan belia juga wajar didorong dan diberikan galakan dalam melakukan penyelidikan dan penulisan sejarah tanah air. Mereka sebagai pewaris negara dan aset bangsa penting sebagai golongan pelapis kepada generasi terdahulu untuk meneruskan penyelidikan dan penulisan sejarah negara kita cintai, agar tidak hilang dan pupus ditelan perubahan zaman," ujarnya lagi.

 

 Awang Haji Mohd Rozan juga mengongsikan penerbitan buku berkenaan dihasratkan akan dapat menggalakkan kegiatan penyelidikan, kajian, penulisan dan penerbitan sejarah Brunei yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh anak-anak tempatan terutama dalam tempoh 56 tahun baginda memerintah negara.

 

 Selain itu jelasnya lagi, penerbitan buku berkenaan bukan sahaja menambah lagi khazanah 'lumih-lumih' kajian sejarah dan sosiobudaya negara akan tetapi juga sebagai satu daya pendorong kepada meningkatkan kajian-kajian tentang sejarah dan sosiobudaya Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

 Beliau seterusnya mengongsikan objektif penerbitan buku berkenaan, iaitu supaya dapat menarik minat orang ramai khususnya golongan belia, para akademik, penyelidik dan pencinta sejarah untuk sama-sama mempelajari, mengetahui dan memahami sejarah tanah air sendiri, selain untuk menanamkan semangat cinta kepada sejarah sendiri dan meningkatkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan generasi muda di negara ini.

 

 Di samping itu tambahnya, penerbitan buku berkenaan juga boleh diguna pakai dan sebagai sumber serta mencetuskan inspirasi dalam merancang pembangunan negara pada masa depan, selain dapat memperkayakan bahan bacaan sejarah dan ia juga dapat menyemarakkan lagi rasa cinta kepada raja, bangsa, agama dan NBD.

 

 Pemangku YDP PESEBAR pada Sidang Media berkenaan juga turut mengongsikan mengenai Mesyuarat Agung PESEBAR Ke-9 Sesi 2021-2023 yang akan diselajurkan pada 11 Ogos itu nanti. Antara atur cara utama yang akan diadakan ialah pembubaran Ahli Jawatankuasa Tertinggi 2021-2023 dan melantik satu jawatankuasa baharu sesi 2023-2026.

 

Dalam pada itu tambahnya, majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku tetamu kehormat majlis.

Selain itu, juga akan diadakan ialah Resensi Buku yang akan diulas oleh Pengarah Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Dr. Haji Tassim bin Haji Abu Bakar.

 

 Sejak penubuhannya pada tahun 1984, PESEBAR terus bergiat aktif menganjurkan beberapa aktiviti untuk mempromosikan sejarah negara dalam kalangan orang ramai termasuk mengadakan seminar dan penerbitan buku.

 

Sidang Media turut dihadiri oleh Pengetua PSB, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong; Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail serta para pegawai kanan PSB dan PESEBAR.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15