FacebookInstagramTwitterContact

 

Why Biden-Trump Debates Come With Risks For Both Sides           >>           South Africa Seeks Halt To Israel's Gaza Offensive           >>           Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search           >>           China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival           >>           Backlash As Morrisons Trials Sale Of New Zealand Lamb           >>           Reality TV Stars Charged Over Investment Plugs           >>           Mortgage Rates Cut But Borrowing Pressures Remain           >>           Northern Rock Group Seeks 'Stolen' Shares Redress           >>           Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


16 Mualaf Sertai Skim Bimbingan Lanjutan II Di Daerah Belait


 


 August 10th, 2023  |  14:19 PM  |   327 views

KUALA BELAIT

 

Seramai 16 orang telah mengikuti Skim Bimbingan Lanjutan II Bagi Muallaf Siri Ke-39 (Lelaki) yang diadakan selama 14 hari bermula 1 Ogos hingga 16 Ogos 2023 yang berlangsung di Bangunan Persatuan Sinar Islam, Pejabat Unit Da'wah, Daerah Belait, hari ini.

 

Kursus yang diadakan secara serentak pada setiap hari kecuali Ahad di keempat-empat daerah itu merupakan anjuran Pusat Da'wah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf).

 

Antara pengisiannya adalah pelajaran Iqra', Amali, Zakat, Muamalat, Aqidah, Korban dan Aqiqah, Tauhid, Sejarah Islam, Tasawwuf dan Sesi Kongsisama dari Bahagian Penguatkuasa Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai ajaran-ajaran sesat di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu, skim bimbingan juga diisikan dengan aktiviti lawatan ke Taman Peranginan Wasai Wong Kadir Labi, Daerah Belait, bagi praktikal Sembahyang Jama' dan Qasar serta tatacara berwuduk di dalam hutan.

 

Objektif skim tersebut adalah untuk memberikan sokongan dari sudut moral dan spiritual kepada peserta mualaf serta membantu para peserta untuk lebih memahami ajaran agama Islam.

 

Di samping itu juga, ia bertujuan untuk memberikan panduan kepada para peserta untuk menghayati ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian sekali gus memperlihatkan bahawa ajaran Islam adalah agama yang indah.

 

Skim yang dijalankan mengutamakan kualiti pembelajaran dan penyebaran syakhsiah yang baik. Manakala pendekatan yang dibawa adalah interaktif dan fleksibel mengikut tajuk-tajuk yang disampaikan dan dibincangkan bersama peserta mualaf.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15