FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seminar Tumpukan Kelebihan ADR


 


 August 11th, 2023  |  10:33 AM  |   70 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

PUJA Academy Sdn. Bhd. (PASB) telah menganjurkan seminar yang membawakan tajuk, 'Emerging Trends in Alternative Dispute Resolution (ADR) for The Construction Inudstry', hari ini.

 

Seminar tersebut dijayakan bersama tiga penceramah iaitu Darshendev Singh dari Lee Hishamuddin Allen & Gledhill (Malaysia); Lenny Rahman dari HLR Law Advocates and Solicitors (Negara Brunei Darussalam - NBD) dan Owen Hearty dari KSN Project Management (Ireland) & IRB Management Sdn. Bhd. (NBD).

 

Sesi seminar kemudiannya beralih kepada panel perbincangan bersama dengan Awang Mohamed Humdhan dari Utamacon Sdn. Bhd. yang juga merupakan sebahagian daripada Juruukur PUJA sebagai moderator diikuti dengan sesi soal jawab bersama para jemputan yang hadir.

 

Seminar ini memberikan tumpuan kepada ADR khususnya dalam industri pembinaan yang sentiasa berkembang, begitu juga dengan bidang ADR.

 

Peserta yang hadir pada seminar tersebut juga diharap akan dapat memahami dengan lebih baik tentang trend yang muncul khususnya dalam ADR dan bagaimana ia boleh digunakan bagi mencari jalan penyelesaian dan pertikaian dengan cara yang lebih berkesan dan cekap.

 

Aliran ini termasuk penggunaan proses hibrid, kesan globalisasi terhadap ADR, penggunaan teknologi dalam ADR, dan peranan kemampanan dalam penyelesaian dan pertikaian.

 

Peserta juga belajar bagaimana untuk memulakan proses ADR dalam industri pembinaan, yang boleh menjimatkan masa dan wang sambil mengekalkan kawalan khususnya terhadap isu-isu pertikaian.

 

Seminar ini juga mengetengahkan kelebihan ADR di mana ia lebih pantas dan lebih murah daripada litigasi, lebih fleksibel daripada prosiding mahkamah, proses itu dirahsiakan dan sulit serta ia juga membolehkan pihak yang terlibat mempunyai lebih kawalan ke atas keputusan. ADR juga kurang konfrontasi berbanding litigasi.

 

Lebih 60 peserta terdiri daripada ahli PUJA, pegawai kerajaan dan anggota dari sektor swasta menyertai seminar tersebut.

 

PUJA Academy Sdn. Bhd. secara aktif menawarkan webinar dan kursus maya untuk meningkatkan kecekapan ahli (PUJA) dan Industri Pembinaan, dengan misinya untuk 'Promoting Awareness, Improving Knowledge dan Enhancing Experience'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15