FacebookInstagramTwitterContact

 

Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>           Certificate Presentation           >>           Beads Exhibition: 1000 Years Media Conference           >>           Academic Discussion           >>           'Tarbiah Ibadah Haji' Closing Ceremony           >>           Doa Selamat for Intending Haj Pilgrims           >>           Reforestation Project Initiative           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Membina Komuniti ASEAN Stabil, Makmur


 


 August 11th, 2023  |  12:42 PM  |   81 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Di dalam perutusan baginda juga menyatakan gangguan bekalan makanan global dan ketegangan geopolitik menggariskan keperluan bagi rantaian bekalan pertanian yang berdaya tahan, sistem pengeluaran mampan dan kemajuan teknologi dalam sektor pertanian makanan. Ahli Parlimen AIPA dijangka akan meningkatkan usaha ASEAN dalam merealisasikan matlamat ini dan memupuk kerjasama serantau.

 

Baginda juga menekankan perkongsian penting antara ASEAN dan AIPA, melalui ASEAN Leaders' Interface with AIPA semasa Sidang Kemuncak ASEAN Summit Ke-42 yang telah diadakan pada bulan Mei 2023 di Labuan Bajo.

 

Platform tersebut telah memudahkan dialog mengenai kebimbangan bersama, memperkaya kerjasama antara kedua-dua entiti.

 

Di dalam perutusan baginda juga telah menyatakan agenda Perhimpunan Agung AIPA Ke-44 kekal berkaitan dengan cabaran serantau dan global, yang memerlukan penyelesaian secara kolaboratif. NBD berikrar untuk memberikan sokongan berterusan, menggariskan matlamat bersama bagi meningkatkan kebajikan kolektif ASEAN.

 

Dalam kenyataan Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN semasa Sidang Plenari Pertama menyatakan parlimen berperanan sebagai wakil rakyat dan perlu memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat adalah mengikut keperluan rakyat.

 

Tindakan-tindakan yang diambil juga hendaklah telus untuk penduduk dan rakyat secara amnya, seterusnya mengurangkan jurang antara urus tadbir dan aspirasi rakyat.

 

Yang Berhormat menyatakan bahawa negara bergerak maju ke hadapan dan terus komited di dalam mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 (2030 Agenda for Sustainable Development), selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

 

Seruan untuk pelaksanaan segera Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) tidak boleh dihalang di dalam merealisasikan matlamat SDG, khususnya tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim.

 

Peralihan yang ketara dan ketidakpastian iklim global telah menghalang banyak negara dan keupayaannya untuk mengurangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap kemajuan sosial dan ekonominya dengan berkesan.

Kerajaan memainkan peranan sebagai pemimpin dan badan eksekutif dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan perlu berganding dan bekerjasama dengan parlimen yang terlibat secara aktif dalam usaha tersebut, seterusnya membina komuniti ASEAN yang stabil dan makmur untuk kepentingan generasi masa kini dan yang akan datang.

 

Perhimpunan Agung AIPA Ke-44 telah dibuka rasmi oleh Presiden Republik Indonesia, H.E. Joko Widodo.

 

Di dalam ucapan rasminya, Presiden Republik Indonesia telah menekankan kepentingan parlimen dalam mencerminkan dan memperjuangkan aspirasi dan kepentingan rakyat.

 

Beliau menyatakan bahawa ASEAN telah menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau selama 56 tahun tetapi masih perlu mengekalkan usaha demi keamanan yang berterusan.

Presiden Joko Widodo menyatakan bahawa perpaduan ASEAN adalah penting dalam memenuhi peranan utamanya agar ianya kekal relevan. Beliau menyatakan bahawa Asia Tenggara adalah pemacu pertumbuhan global dan perlu memastikan ASEAN kekal sebagai pusat pertumbuhan ekonomi global.

 

Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dan Presiden AIPA Ke-44, H.E. Dr. (Honoris Kausa) Puan Maharani di dalam ucapan pertamanya semasa Majlis Perasmian Perhimpunan Agung AIPA Ke-44 telah menekankan cabaran berterusan global yang mendesak termasuk ketegangan geopolitik, ketidaksamaan ekonomi, ancaman perubahan iklim dan perjuangan pemulihan pasca-pandemi.

 

Di bawah tema Perhimpunan Agung tahun ini, beliau menyatakan kepentingan platform ini dalam meningkatkan komitmen penggubal undang-undang menangani isu serantau dan global, ke arah keamanan dan kemakmuran.

Beliau juga telah menggariskan beberapa agenda strategik termasuk keperluan bagi AIPA memperkukuhkan dedikasi dalam mengekalkan perpaduan bersama-sama ASEAN. Di sebalik cabaran negara masing-masing, beliau menekankan bahawa perpaduan kolektif ASEAN harus dipertahankan untuk memupuk sokongan dan kekuatan kerjasama bersama.

 

Manakala, cabaran seperti kemiskinan, ketidaksamaan dan kebimbangan alam sekitar memerlukan kerjasama seluruh dunia. Ucapan beliau juga menyatakan mengenai peranan dialog antara negara AIPA dan negara pemerhati dalam mempromosikan diplomasi pencegahan dan membina hubungan yang berpotensi selaras dengan tema Perhimpunan Agung AIPA tahun ini di dalam mencari titik persamaan dan memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran rantau ASEAN di dalam kerjasama tersebut.

 

Sebanyak 30 resolusi telah dibincangkan dan diluluskan di dalam komiti Young Parliamentarian (YPA), Women of AIPA (WAIPA), Politik, Ekonomi, Sosial dan Organisasi.

 

Perhimpunan Agung AIPA Ke-44 diakhiri dengan sebuah Kenyataan Bersama (Joint Communique) secara sebulat suara yang ditandatangani oleh Negara-negara Ahli AIPA Parlimen.

 

Pada Majlis Transfer of Office yang diadakan semasa penutup tirai Perhimpunan Agung AIPA Ke-44, Negara Lao PDR telah menerima AIPA Chairmanship sebagai hos seterusnya bagi Perhimpunan Agung AIPA yang akan diadakan pada tahun hadapan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34