FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Komited Tangani Ancaman Penyeludupan, Penyalahgunaan Dadah


 


 August 12th, 2023  |  08:58 AM  |   152 views

VIENTIANE, REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) menyertai Mesyuarat ASEAN Ministerial Meeting on Drug Matters (AMMD) Kali Ke-8 yang diadakan hari ini di Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao.

 

AMMD merupakan mesyuarat yang diadakan pada setiap dua tahun yang dihadiri oleh menteri-menteri, ketua-ketua delegasi dari Negara-negara ASEAN yang bertanggungjawab berhubung isu-isu dadah.

 

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Awam, Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Police Colonel General Vilay Lakhamfong.

 

Ketika berucap pada mesyuarat berkenaan, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, selaku Ketua Delegasi NBD menekankan bahawa NBD akan terus komited di bawah pendirian pendekatan toleransi sifar (zero-tolerance approach) bagi menjamin masa depan dan kemaslahatan warga serta penduduk NBD daripada kesan dan bahaya ancaman penyalahgunaan dadah.

 

Selain itu tegasnya, komitmen NBD dalam mendukung kerjasama dan usaha-usaha di peringkat ASEAN, serantau dan antarabangsa ke arah menangani ancaman jenayah penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.

 

Semasa Mesyuarat AMMD Kali Ke-8, Negara-negara ASEAN bersetuju untuk menyampaikan sebuah kenyataan di Segmen Peringkat Menteri bagi Mesyuarat Commission on Narcotic Drugs Ke-67 yang akan diadakan di Vienna, Republik Austria pada Mac 2024 dan ASEAN terus menegaskan pendirian toleransi sifar bagi mencapai aspirasi ASEAN bebas dadah.

 

Chairman's Statement Mesyuarat 8th AMMD menegaskan komitmen AMMD untuk memperkukuh lagi peranan AMMD sebagai penyelaras strategi ASEAN yang lebih komprehensif dan berkesan dalam merealisasikan aspirasi ASEAN bebas dadah dengan berpandukan kepada prinsip 'rule of law', hak asasi manusia, menghormati hak kedaulatan negara dan integriti wilayah ASEAN.

 

Dalam pada itu, Republik Filipina selaku Pengerusi Mesyuarat ASEAN Senior Officials on Drug Matters (ASOD) Ke-45 pada 2024 diamanahkan untuk melaksanakan penelitian terakhir (final review) bagi Pelan Kerja 'ASEAN Work Plan on Securing Communities Against Illicit Drugs 2016-2025' dan seterusnya membentangkan hasil penilaian di Mesyuarat AMMD Kali Ke-9 yang akan dipengerusikan oleh Republik Filipina pada 2025.

 

Semasa berada di Vientiane, Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di JPM bersama-sama dengan ketua-ketua AMMD dan ASOD membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Awam Republik Demokratik Rakyat Lao, untuk membincangkan kepentingan dalam meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara-negara ASEAN.

 

Yang Mulia  juga turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Negara, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Associate Professor Dr. Muhammad Faishal Ibrahim.

 

Semasa sesi perjumpaan berkenaan, NBD dan Republik Singapura membincangkan pelbagai peluang untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di dalam menangani ancaman jenayah dadah.

 

Turut hadir, Pengarah Biro Kawalan Narkotik (BKN), Dato Paduka Mohd Zalani bin Haji Ismail; dan para pegawai kanan dari JPM dan BKN.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15