FacebookInstagramTwitterContact

 

Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>           Taddabur Al-Qur'an and Donation Presentation           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           'Majlis Jiwa Murni'           >>           Prize Presentation           >>           Lopez Double Move Barca Closer To Top Two Finish With Win Over Almeria           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IMTS Bagi April 2023 Catat Penurunan


 


 August 13th, 2023  |  11:35 AM  |   59 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah perdagangan menurun tahun-ke-tahun sebanyak 53.9 peratus, daripada BND3,037.3 juta pada bulan April 2022 kepada BND1,401.5 juta pada bulan April 2023.

 

Penurunan ini disebabkan oleh penurunan nilai eksport sebanyak 56.2 peratus daripada BND1,740.5 juta kepada BND761.7 juta. Nilai import juga menurun sebanyak 50.7 peratus daripada BND1,296.8 juta kepada BND639.8 juta.

 

Perkara tersebut dijelaskan dalam Siaran Media daripada Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTS) bagi April 2023.

 

Penurunan nilai eksport adalah terutamanya didorong oleh nilai eksport Gas Cecair Asli (LNG) dan lain-lain produk petroleum khususnya bahan api diesel automatif. Penurunan nilai eksport gas cecair asli adalah disebabkan oleh penurunan jumlah isipadu sebanyak 11.7 peratus dan harga eksport sebanyak 18.4 peratus.

 

Dari segi komoditi eksport, bahan api galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam (NBD) iaitu sebanyak 77.0 peratus, diikuti dengan bahan kimia (19.2 peratus), dan jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.7 peratus).

 

Lima komoditi import utama pada bulan April 2023 adalah bahan api galian (51.4 peratus), diikuti oleh jentera dan kelengkapan pengangkutan (17.0 peratus), makanan (10.3 peratus), bahan kimia (7.1 peratus), dan barang-barang keluaran kilang (6.9 peratus).

 

Pasaran eksport utama pada bulan April 2023 adalah Jepun (21.9 peratus), diikuti oleh Singapura (19.7 peratus) dan Australia (14.2 peratus). Komoditi eksport terbesar adalah minyak mentah, gas cecair asli dan produk industri hiliran minyak dan gas.

 

Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Emiriah Arab Bersatu (18.7 peratus), diikuti oleh Arab Saudi (18.6 peratus) dan Malaysia (17.4 peratus), dengan minyak mentah sebagai komoditi import terbesar.

 

Sebanyak 57.3 peratus import adalah digunakan sebagai barangan perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh barangan modal (37.1 peratus) untuk operasi perniagaan dan barangan penggunaan (5.6 peratus) bagi kegunaan isi rumah.

 

Sebanyak 93.5 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pengangkutan laut. Ini diikuti oleh pengangkutan udara (4.7 peratus) dan melalui darat (1.8 peratus).

 

Bagi perubahan bulan-ke-bulan, berbanding bulan Mac 2023, jumlah perdagangan menurun sebanyak 5.4 peratus terutamanya disebabkan oleh penurunan nilai eksport sebanyak 24.1 peratus.

 

Laporan IMTS bagi bulan April 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di 'https://deps.mofe.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55