FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seminar Ketengahkan Proses ADR Berkesan


 


 August 13th, 2023  |  11:38 AM  |   51 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Timbangtara Brunei Darussalam (BDAC) telah menganjurkan seminar yang membawakan tajuk, 'Beyond The Courtroom : Unlocking the power of Alternative Dispute Resolution (ADR) mechanism for effective conflict resolution' di pejabatnya di Jalan Kumbang Pasang, baru-baru ini. Seminar ini bertujuan untuk mengetengahkan proses ADR yang berkesan dan amalan terbaik mengenai ADR.

 

Seminar tesebut menampilkan penceramah jemputan daripada Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Malaysia, Darshendev Singh dan moderator seminar pula dikendalikan oleh Dayang Lenny Rahman dari HLR Law.

 

Turut hadir adalah pengamal undang-undang, pegawai-pegawai kerajaan dan sektor swasta. Manakala kehadiran secara maya menunjukkan peserta-peserta dari luar negara seperti Sepanyol, Malaysia, Amerika Syarikat dan Nigeria.

 

Seminar berkenaan membuka peluang bagi Darshendev Singh berkongsi kepakaran dan pandangan beliau, dan menggalakkan penggunaan penyelesaian pertikaian secara alternatif sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan pertikaian dengan berkesan dan cekap terutamanya bagi pihak-pihak bertelingkah untuk memilih pihak ketiga yang berpengetahuan teknikal dalam menyelesaikan kes berkenaan.

 

Seminar dimulakan dengan gambaran keseluruhan ADR serta kelebihan dan kekurangan ADR berbanding litigasi. Ia kemudiannya diikuti dengan melihat dengan lebih dekat lagi mengenai dengan ADR yang biasa diamalkan iaitu timbangtara dan pengantaraan.

 

Darshendev Singh juga bercakap tentang proses hybrid yang dipanggil Arb-Med-Arb yang menggabungkan kedua-dua timbangtara dan pengantaraan serta tren masa depan dalam ADR seperti penyelesaian pertikaian dalam talian (Online Dispute Resolution) dan penglibatan AI (Artificial Intelligence) yang mengubah landskap ADR. Seminar seterusnya diikuti dengan sesi soal jawab daripada para peserta.

 

Seminar itu dianjurkan oleh BDAC sebagai sebahagian daripada inisiatif pusat untuk menjadi pusat pilihan bagi penyelesaian pertikaian sama ada komersial, bukan komersial atau pertikaian keluarga.

 

BDAC adalah sebuah pusat yang bebas dan adalah sebuah institusi timbangtara tunggal di Negara Brunei Darussalam yang diberi kuasa menurut undang-undang untuk menangani pertikaian antarabangsa dan domestik serta memudahkan keperluan pengguna samaada dari domestik dan antarabangsa sebagai sebuah forum utama untuk menyelesaikan pertikaian secara alternatif.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15