Home > In The Court
Dihukum Penjara, Sebat Akibat Berkelakuan Tidak Senonoh
August 13th, 2023 | 11:44 AM | 3255 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat melakukan perbuatan tidak senonoh, seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dan dua kali sebatan di Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Mohd Fir Ali Rahmathan bin Haji Hamdi (defendan), di bawah Seksyen 354, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Defendan, 35 tahun, didakwa melakukan kesalahan kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang berumur 27 tahun.
Dalam kejadian, defendan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas mangsa berkenaan pada 15 Ogos 2019 di salah sebuah syarikat di Kampung Jerudong.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]