FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Minat Belia Dalami Ilmu Al-Quran, Qira’at


 


 August 13th, 2023  |  11:52 AM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Harapan untuk memperkenalkan dan menyebarkan lagi ilmu-ilmu Al-Quran dan Qira'at kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam (NBD), khususnya golongan belia, merupakan antara yang dikongsikan oleh beberapa orang lepasan graduan Diploma Aliyah Qira'at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

 

Dalam temu bual Pelita Brunei semasa Majlis Haflut Takharruj ITQSHHB Kali Ke-11, Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi hari ini, yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini, para lepasan graduan juga mengongsikan akan berusaha untuk menyumbang kepada masyarakat daripada pelbagai aspek terutamanya daripada aspek pendidikan Al-Quran.

 

Awang Mohammad Aimaduddin bin Alias semasa ditemui menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana berjaya menamatkan Diploma Aliyah Qira'at berkenaan.

 

 

 

Menyentuh mengenai cabaran, Awang Mohammad Aimaduddin berkata tidak terlalu banyak cabaran kerana semua itu diserahkan kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar segala yang dihadapi berkenaan semuanya dipermudahkan dengan berpegang kepada Al-Quran.

 

Mengenai dengan sumbangan kepada negara tambahnya, dengan kejayaan yang diperoleh berkenaan, beliau akan berusaha untuk menyumbang kepada pelbagai aspek terutamanya daripada aspek pendidikan Al-Quran untuk menjadikan NBD sebagai salah sebuah Negara Zikir, dan menjadikan negara Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur.

 

"Saya juga berharap selepas ini, saya akan dapat memperkenalkan dan menyebarkan lagi ilmu-ilmu Al-Quran dan Qira'at yang cantik ini kepada warga NBD terutama kepada belia supaya mereka akan dapat menjadi belia yang mencintai Al-Quran pada masa akan datang," ujarnya lagi.

 

Sementara itu, bagi Awang Mohammad Nuriman Shah bin Shahrolwardi pula mengongsikan, setelah mengikuti tiga tahun pengajian Diploma Aliyah Qira'at, beliau menyedari bahawa ilmu Qira'at merupakan ilmu yang sangat penting dalam pemahaman Al-Quran.

 

Hal ini menurutnya, dapat digunakan dalam membantu masyarakat di negara ini untuk lebih memahami lagi isi kandungan Al-Quran kerana ilmu Qira'at juga dapat membantu dalam meningkatkan kualiti bacaan.

 

Dengan ini tambahnya, ia dapat membantu warga NBD agar memperbaiki bacaan mereka.

 

Menyentuh mengenai dengan hala tuju, Awang Mohammad Nuriman Shah akan meneruskan perjuangan dalam menceburi lagi pelbagai bidang dan ilmu Al-Quran yang lain, dan akan berusaha lagi dengan lebih gigih agar dapat memberikan manfaat lebih lagi kepada negara.

 

Manakala, Dayang Siti Nurul Farwizah binti Haji Muhaimin ketika ditemui mengongsikan, cabaran yang dilalui semasa di pengajian Diploma Aliyah Qira'at berkenaan ialah membahagikan masa di antara menjaga Al-Quran dengan konsisten, dan mempelajari pelajaran-pelajaran akademik yang lain.

 

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian Diploma Aliyah Qira'at ini selama tiga tahun. Saya berharap ia dapat memupuk minat kepada orang ramai serta para pelajar untuk menambah ilmu lagi mengenai ilmu Al-Quran dan Qira'at ini.

 

"Selain daripada memupuk minat, saya juga dapat menerapkan kemahiran-kemahiran yang diserapkan semasa pengajian dan berkongsi kepada mereka tentang kefahaman mengenai ilmu Al-Quran dan Qira'at ini," jelasnya lagi.

 

Salah seorang lepasan graduan, iaitu Dayang Nur Aqilah Nazirah binti Haji Abdul Wahab turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhnanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua beliau dapat menamatkan pengajian dalam program Diploma Aliyah Qira'at selama tiga tahun.

 

Dengan adanya kejayaan dan seterusnya dapat menamatkan pengajian di dalam program berkenaan, beliau berharap agar dapat mengajar dan menyumbangkan ilmu kepada orang ramai khususnya kepada generasi muda yang akan datang bagi melahirkan lebih ramai para hafiz dan hafizah di luar sana.

 

Menurutnya lagi, ia juga dapat menaikkan lagi wawasan negara kita, dan harapan beliau agar kejayaan berkenaan akan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa bersungguh-sungguh di dalam menimba ilmu dan tidak berputus asa di dalam mencapai cita-cita yang mereka impikan.

 

Menyentuh mengenai hala tuju selepas tamat pengajian, beliau ingin menyambung pengajiannya ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan akan mengambil bidang tahfiz dan Qira'at, iaitu Ijazah Sarjana Muda bagi memperdalamkan lagi ilmu pengetahuan tentang Al-Quran dan Qira'at.

 

"Cabaran saya sepanjang berada di Diploma Aliyah Qira'at ini, ialah membahagikan masa di antara Al-Quran dan akademik, serta konsisten dalam mengulang dan belajar antara Al-Quran dan akademik.

 

"Nasihat saya, sentiasa bersungguh-sungguh di dalam mencapai apa yang mereka inginkan, dan mendalami Al-Quran ini memang tidak mudah tetapi kita haruslah fokus dan berusaha bersungguh-sungguh," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47