FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerima S.E.A Write Award Selamat Kembali Ke Tanah Air


 


 August 13th, 2023  |  11:54 AM  |   78 views

BERAKAS

 

Seramai tiga penulis tanah air yang menerima pengiktirafan Anugerah Penulis Asia Tenggara (The S.E.A. Write Award) dan diselenggarakan oleh Sekretariat Tetap S.E.A Write Award di Bangkok baru-baru ini selamat pulang ke tanah air, hari ini.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) mula diundang untuk menghantar penulis bagi menerima The S.E.A. Write Award pada tahun 1986. Sejak dari itu, seramai 36 penulis tanah air diangkat dan diberi penghormatan menerima anugerah berprestij tersebut.

 

Para penerima anugerah tersebut bagi negara kita, Allahyarham Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Tamat yang sinonim dengan nama pena Salmi Mesra menerima anugerah  bagi tahun 2019 dengan karya terpilih, iaitu Kumpulan Puisi Mata Hati II (puisi) dan diwakili oleh isterinya.

 

Sementara penerima anugerah bagi tahun 2020 dengan karya terpilih, iaitu Angin Koperasi (novel) hasil nukilan Bujang M.N. atau Awang Haji Bujang bin Haji Matnor.

 

Manakala Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhamad (Morsidi M.H), penerima anugerah bagi tahun 2021 dengan karya terpilih, iaitu Kumpulan Sajak Sungai, LAUT dan KiTA (puisi).

 

Kepulangan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dialu-alukan oleh Pegawai Bahasa Kanan, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak serta beberapa pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 

Turut hadir ke majlis penganugerahan tersebut ialah Pemangku Pengarah DBP, NBD, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab berserta dua pegawai pengiring yang juga bertindak selaku Setiausaha dan Ketua Urus Setia The S.E.A. Write Award Brunei. Kesemua penerima anugerah telah menerima plak penghargaan dan honorarium.

 

Majlis Penganugerahan bagi Penerima The S.E.A. Write Award, 2019-2021 telah diadakan pada Khamis, 10 Ogos 2023 bertempat Dusidalai Hall, Chitralada Garden, Dusit Palace yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya.

 

Selain menghadiri majlis penganugerahan, penerima-penerima anugerah juga menghadiri beberapa acara yang telah disusun atur oleh pihak penganjur, antaranya Perbincangan Panel bertempat Fakulti Seni, Universiti Chulalongkorn dan Cocktail Reception and Gala Dinner & Poetry Reading di Royal Ballroom, Mandarin Oriental Hotel yang diselajurkan dengan penyampaian honorarium kepada penerima anugerah, dan serta bacaan puisi oleh penerima anugerah.

 

Lebih 40 tahun The S.E.A. Write Award ini telah mengiktiraf para penulis dan penyair terkemuka di negara-negara rantau ASEAN iaitu NBD, Republik Filipina, Republik Indonesia, Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Republik Kesatuan Myanmar, Republik Singapura, Thailand dan Republik Sosialis Viet Nam.

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui DBP bertanggungjawab selaku Urus Setia The S.E.A. Write Award bagi NBD.

 

Setiap tokoh penerima anugerah yang dipilih oleh panel penilai di negara masing-masing, dinilai berdasarkan hasil karya yang telah terbit mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di Bangkok, Thailand.

 

Adapun objektif The S.E.A. Write Award diadakan antaranya mengangkat penulis tanah air setaraf dengan penulis di peringkat serantau; pengiktirafan kepada penulis-penulis yang terkemuka di negara-negara ASEAN dalam bidang kesusasteraan serta mengeratkan persahabatan dan setia kawan antara penulis dan sasterawan, juga antara warga negara ASEAN bagi mewujudkan persefahaman, keharmonian, saling bekerjasama dan perpaduan menerusi bidang kesusasteraan.

 

The S.E.A. Write Award sebagai penganugerahan peringkat serantau ini mencerminkan satu penghormatan yang cukup tinggi dan bermakna buat penulis-penulis Asia Tenggara termasuklah penulis tanah air.

 

Anugerah ini juga sekali gus menjadi platform dalam mengangkat karya-karya berkualiti dan seterusnya, memperkenalkan penulis tanah air dan karya mereka ke peringkat serantau, malah antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47