FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Sertai Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei


 


 August 13th, 2023  |  11:56 AM  |   102 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi memupuk semangat patriotism dalam kalangan belia bagi mengukuhkan kecintaan kepada raja, agama, bangsa dan negara bersandarkan nilai-nilai kebruneian, Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) akan menganjurkan Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei bermula September 2023.

 

Bagi peringkat saringan dan separuh akhir, masing-masing akan diadakan pada bulan September dan Oktober 2023 serta dicadangkan berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB dan peringkat akhir pula akan dijadualkan pada November 2023 bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Perkara tersebut dikongsikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah pada Sidang Media yang berlangsung di Bilik Musyawarah, PSB, di ibu negara, di sini.

 

Menurut beliau, antara objektif pertandingan adalah bagi memberi pendedahan mengenai hasil-hasil karya syair sejarah yang dihasilkan oleh penulis-penulis syair negara, di samping memberi pendedahan mengenai syair sejarah yang mencakupi penulis-penulis syair dan karya-karya mereka kepada golongan belia.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai teknik menambang syair iaitu alunan nada, intonasi dan yang sesuai agar makna yang tersurat dan tersirat dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.

 

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan peraturan dan syarat-syarat pertandingan iaitu penyertaan dibukakan secara percuma kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam (NBD) yang berumur antara 15 hingga 35 tahun sama ada lelaki dan perempuan.

 

“Peserta hendaklah memetik sebanyak lapan hingga 10 rangkap syair yang berkesinambungan daripada salah satu karya syair yang berikut iaitu Sejarah Bangsa : Antalogi Syair; Syair Perlembagaan Negeri Brunei karya Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Syair Rakis karangan Al-Marhum Pengiran Shahbandar Pengiran Md. Salleh ibni Pengiran Sharmayuda dan Shaer Yang Di-Pertuan (Mengenai Pertabalan Sultan Ahmad Tajuddin karya Pehin Siraja Khatib Awang Abdul Razak)," terangnya.

 

Beliau seterusnya menjelaskan, bengkel menambang syair akan diadakan khusus bagi peserta yang telah mendaftar untuk menyertai pertandingan di mana tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian oleh Urus Setia Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei.

 

Menurutnya lagi, setiap peserta hendaklah menggunakan satu sahaja irama / tambang yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur semasa bengkel nanti.

 

Sepanjang pertandingan, peserta turut diingatkan untuk memakai pakaian kebangsaan iaitu baju cara Melayu bagi lelaki dan baju kurung atau kebaya bagi perempuan. Peserta dibenarkan untuk memakai alat perhiasaan pakaian seperti dastar, gandi dan sebagainya yang bersesuaian dengan pertandingan dan tidak bercanggah dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

 

Awang Muhammad Syahmi juga mengongsikan bahawa borang penyertaan boleh didapati di alamat berikut atau dimuat turun bermula 17 Julai 2023 yang lalu di Urus Setia Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei, Pusat Sejarah Brunei, Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan atau melalui laman sesawang 'www.pusat-sejarah.gov.bn' atau melalui aplikasi Instagram: '@pusatsejarahbrunei/terbitanpusatsejarahbrunei/penborneo' atau melalui Facebook; 'Terbitan Pusat Sejarah Brunei/Bahagian Pusat Pengkajian Borneo'.

 

Borang yang lengkap hendaklah di hantar ke PSB atau dimuat naik ke [email protected] tidak lewat Sabtu, 19 Ogos 2023 jam 4.00 petang.

 

Johan pertandingan akan membawa pulang wang tunai sejumlah BND500 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

 

Manakala, tempat kedua pula akan membawa pulang wang tunai sejumlah BND400 dan BND300  bagi tempat ketiga, masing-masing berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

 

Juga hadir, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan Pejabat Sekretariat MTMIB, Dr. Haji Ramlee bin Haji Tinkong dan Awang Haji Rushdi bin Haji Abdul Rahman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47