FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Dekatkan Diri Dengan Al-Quran


 


 August 13th, 2023  |  11:58 AM  |   75 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Al-Quran dipelihara dengan dua keadaan, iaitu terpelihara dalam mushaf dan terpelihara di dalam dada penghafaz Al-Quran.

 

Bagaimanapun, kitab suci berkenaan bukan sahaja digalakkan untuk menghafaznya, malahan setiap umat Islam dituntut memahami maksud kalimah Al-Quran yang dibaca serta mentadabbur ayat-ayatnya supaya ia boleh menimbulkan penghayatan terhadap ayat-ayat Al-Quran ke dalam diri kita.

 

Perkara berkenaan antara yang dijelaskan dalam Ceramah Khas bertajuk 'Menghayati Al-Quran Dalam kehidupan' yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nasyith bin Superi pada Majlis Haflut Takharruj Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) Kali Ke-11, Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi, yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini.

 

Di dalam Surah Al-Qamar, ayat 17 tambahnya, jelas menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala benar-benar memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada umat Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menghafal dan menjaga kitab-Nya supaya kita mudah mempelajari, merenungi, dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran.

 

Menurutnya lagi, apabila kita sentiasa membaca Al-Quran dan berusaha untuk mentadabbur ayat-ayat Al-Quran walaupun sehari satu ayat, lambat laun ia akan menjadi satu amalan ataupun kebiasaan.

 

Kemudian jelasnya, dari situlah berlakunya tazkiyah, iaitu satu proses penyucian jiwa daripada maksiat dan syirik, kerana hati yang suci akan melahirkan sifat tunduk agar mudah faham untuk mendalami dan bersedia menerima ilmu Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Awang Mohammad Nasyith seterusnya menyatakan, siapa yang berusaha untuk sentiasa mendampingi diri dengan Al-Quran, dialah yang akan mendapat manfaat dan kelebihan yang ada pada Al-Quran serta dialah orang yang beruntung.

 

Tambahnya lagi, gunakanlah cara yang kreatif untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran, iaitu dengan cara membacanya dan mengetahui keindahan maknanya, dengan cara mendengar bacaan ayat suci Al-Quran atau dengan menulisnya.

 

Setiap tindakan yang baik walau sekecil apa pun menurutnya, tetap akan memberi kesan yang besar kepada perubahan. Mungkin bermula dengan membaca satu muka surat Al-Quran berserta terjemahan.

 

"InsyaaAllah urusan kehidupan seharian kita selepas itu akan tenang dan tersusun," ujar Awang Mohammad Nasyith lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47