Home > Bahasa Melayu
25 Pegawai, Kakitangan Terima Sijil Penghargaan
August 13th, 2023 | 12:01 PM | 92 views
TUTONG
Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Perak Perkhidmatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, malam tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PMMPMHAMB, Awang Abdul Afiq bin Ahmad Mahmud selaku Pengerusi Bersama Majlis, diikuti dengan pelancaran majlis dan memotong kek oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis sambutan ini bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Hospital PMMPMHAMB dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.
Seramai 25 pegawai dan kakitangan menerima sijil penghargaan yang telah berkhidmat lebih dari 25 tahun di hospital berkenaan. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada mantan-mantan ketua pegawai eksekutif hospital tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]