FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


28 Graduan ITQSHHB Dianugerahkan Diploma 'Aliyah Qira'at


 


 August 13th, 2023  |  12:03 PM  |   80 views

BERAKAS

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan penganugerahan syahadah (sijil) Diploma 'Aliyah Qira'at kepada 28 graduan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) pada Majlis Haflut Takharruj Kali Ke-11 ITQSHHB yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Penaung Jawatankuasa Tertinggi Haflut Takharruj Kali Ke-11, ITQSHHB; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haflut Takharruj Kali Ke-11, ITQSHHB; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Haflut Takharruj berkenaan.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Majlis dimulakan dengan persembahan Hafazan Ayat-ayat Suci Al-Quran, Surah As-Shams ayat 1 hingga ayat 15 bacaan Al-Quran Tarannum yang disampaikan oleh Awang Muhammad Fuad Hilmi bin Razali, sementara inti sari ayat dibacakan oleh Awang Muhammad Nur Nasrullah bin Abdullah Abdul Razak.

 

Majlis diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyembahkan bahawa Haflut Takharruj Ke-11 ini adalah juga dalam sempena genap 30 tahun penubuhan ITQSHHB yang ditubuhkan dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Sembah Yang Berhormat, sesungguhnya ia suatu wawasan yang tepat pada melaksanakan salah satu daripada tuntutan fardu kifayah ke atas sekalian umat Islam, rakyat dan penduduk negara dengan menyediakan kemudahan bagi melahirkan huffaz yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

 

“Tidak setakat itu bahkan ayahanda Duli Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengasaskan pengajian hafaz Al-Quran itu secara pengajian yang bersistem.

 

“Maksud pengajian yang bersistem itu ialah menerusi persekolahan dengan kurikulumnya yang teratur, menepati sudut-sudut keilmuan bidang Al-Quran dan hafazannya," sembah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan bahawa dalam tempoh 30 tahun itu ITQSHHB telah berkembang yang sangat signifikan tidak lebih 20 tahun selepas penubuhannya, ia telah meningkatkan taraf pengajiannya ke tahap pengajian diploma tertinggi, HND dengan memperkenalkan program Diploma 'Aliyah Qira'at.

 

“Dan dalam tempoh 10 program diperkenalkan seramai 195 orang graduan yang hafal 30 juzuk Al-Quran termasuk 28 orang graduan bagi sisi pengajian tahun 2020-2023.

 

“Sesungguhnya ITQSHHB yang diasaskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini juga telah melahirkan pelajar-pelajar hafazan peringkat menengahnya," sembah Yang Berhormat lagi.

 

Menurut Yang Berhormat, ada di antara mereka berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang-bidang selain pengajian Islam.​

 

Dengan berkelulusan peringkat ijazah sedemikian sembah Yang Berhormat, mereka layak berkidmat dalam bidang-bidang perkhidmatan awam dan swasta. Ada di antara mereka yang menjadi pegawai pentadbir dalam perkhidmatan awam.

 

“Oleh yang demikian, sesungguhnya wawasan Kebawah DYMM, raja dan Wali Al-Amri kita dalam bernegara dan berpemerintahan, terhadap ehwal ugama termasuklah aspek dan bidang pendidikannya, melalui persekolahan ugama dan persekolahan Arab; menerusi Kolej Universiti Perguruan Ugama dan ITQSHHB adalah dalam landasan yang sama selaras dengan usaha-usaha membangun sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan dan menjayakan hasrat memajukan negara, menyempurnakan mordensinya yang seimbang, bagi kejayaannya sebagai negara yang berkat, berpemerintahan beraja yang merdeka dan berdaulat, dan insyaaAllah impak positifnya akan kekal dilihat serta dirasakan menjadi teras dalam ciri dan corak generasi-generasi pewaris masa hadapan yang panjang," sembah Yang Berhormat.

 

Pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan mengurniakan sabda.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan ceramah khas yang membawakan tajuk, 'Menghayati Al-Quran dalam Kehidupan' yang disampaikan oleh Alumni ITQSHHB yang bertugas sebagai Pegawai Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nasyith bin Superi. Majlis tersebut diteruskan lagi dengan tayangan video koporat bersempena dengan 30 tahun penubuhan ITQSHHB.

 

DYTM kemudian berkenan menyempurnakan penganugerahan syahadah atau sijil Diploma 'Aliyah Qiraat kepada 28 graduan terdiri daripada 15 penerima pangkat Mumtaz (cemerlang), 10 penerima pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) , seorang penerima pangkat jayyid (baik) dan dua penerima pangkat Maqbul (lulus).

 

Penganugerahan Diploma 'Aliyah Qiraat Al-Quran kepada para graduan ITQSHHB adalah sebagai pengiktirafan atas kejayaan para siswa-siswi khusus dalam bidang Hafazan Al-Quran dan ilmu Qiraat.

 

Bagi memohon keberkatan, bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47