FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Proaktif Sebar Luaskan Al-Quran Sebagai Panduan Masyarakat


 


 August 13th, 2023  |  12:04 PM  |   95 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Di dalam mendepani pelbagai cabaran zaman, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dan khususnya pengisian Program Diploma A'aliyah Qiraat perlu memperluaskan lagi peranan dan siap siaga untuk sentiasa proaktif melihat ruang dan peluang dalam bersama-sama menyebarluaskan pengajian Al-Quran Al-Karim sebagai sebahagian amalan mulia kehidupan masyarakat Brunei yang berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja dan pendekatan sebuah Negara Zikir.

 

Sayugia, pada hemat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, inisiatif tertentu yang menjurus kepada pelbagai usaha berkolaborasi bagi memperkasa pengajian Al-Quran melalui media sosial, seperti kaedah hafazan dan Tadabbur ayat-ayat pilihan secara tersusun akan dapat menarik minat setiap peringkat umur selaras dengan perkembangan dan akses kepada teknologi infokomunikasi semasa.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah bersabda demikian pada Majlis Haflut Takharruj ITQSHHB Kali Ke-11, Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini.

 

Ke arah itu, sabda Duli Yang Teramat Mulia, juga melihat kewujudan ITQSHHB, sebagai sebuah institusi pengajian Al-Quran dan hafazan yang ulung, ianya hendaklah juga sentiasa bersedia mengorak langkah ke hadapan dengan memperkukuh keupayaan untuk menjalankan kajian dan penyelarasan kaedah meningkatkan hafazan Al-Quran yang sesuai dimanfaatkan dengan demografi negara ini.

 

Terdahulu DYTM bersabda, doa restu dan peranan signifikan ibu bapa dan penjaga dalam memberikan dorongan dan sokongan moral yang berterusan juga menyumbang kepada pencapaian kejayaan bernilai berkenaan.

 

Nikmat kejayaan yang dikongsi bersama  sabda DYTM lagi, adalah sumber inspirasi untuk seterusnya meraih kejayaan yang lebih besar.

 

DYTM seterusnya bersabda, peluang adalah terbuka luas untuk para graduan melengkapkan diri dengan menambah pengetahuan dan kemahiran baharu menjurus kepada meningkatkan peluang kerjaya dengan memenuhi set kemahiran relevan seiring dengan permintaan pasaran kerja.

 

"Sesungguhnya, saya juga menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian ITQSHHB yang usianya kini genap tiga dekad pada menepati matlamat dan hasrat murni paduka ayahanda bagi seterusnya melahirkan barisan profesional yang hafaz Al-Quran seiring dengan perkembangan dan tuntutan pembangunan negara yang holistik.

 

"Namun demikian, perkembangan dan pencapaian akademik para pelajarnya tidak semata-mata tertumpu kepada bidang hafazan Al-Quran, malahan juga keberhasilan institut tahfiz membangunkan asas yang kukuh kepada lepasannya untuk menentukan hala tuju masing-masing di kedua-dua bidang akademik dan pekerjaan," sabda DYTM.

 

DYTM juga turut bersabda, perkara berkenaan terbukti dengan kejayaan lepasan institut tahfiz dalam pengajian masing-masing di samping berkeupayaan dan memiliki daya saing menceburi pelbagai bidang kerjaya tertentu seperti kewangan, kedoktoran, kejuruterbangan, kejuruteraan, ketenteraan dan keusahawanan dalam bersama-sama menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

 

"Saya juga gembira difahamkan Program Diploma A'aliyah Qiraat yang kini mencapai tahun ke-13 telah berjaya mengeluarkan seramai 221 graduan dalam mana seramai 11 orang kini berkhidmat di institut tahfiz sebagai guru hafazan Al-Quran, Pegawai Ugama dan Pegawai Pelajaran manakala 90 lepasan sedang mengikuti pengajian yang lebih tinggi di dalam dan luar negara," sabda DYTM lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47