FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Memelihara Hafazan Al-Quran


 


 August 13th, 2023  |  12:06 PM  |   147 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda, syarat tunggal untuk kita dapat memperoleh penawar dan rahmat tersebut tidak lain adalah iman yang teguh seperti mana inti pati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1436 Hijrah.

 

Pembentukan iman yang kukuh sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, adalah merupakan perkara terpenting daripada keberhasilan amalan-amalan masyarakat yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran melalui membaca, menghafaz dan mengimani pengajarannya.

 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya bersabda, ciri orang yang beriman adalah dalam makna, percaya dan mematuhi dengan sepenuh hati akan segala suruhan dan tegahan Allah tanpa sebarang keraguan atau bantahan, yang mana dengannya insyaaAllah, Al-Quran yang kita baca atau hafaz akan menjadi penawar dan rahmat kepada kita.

 

"Pada kesempatan ini, saya sukacita menyeru kepada para graduan dan pelajar termasuk lepasan institut tahfiz untuk sentiasa memelihara hafazan Al-Quran dan menghayati apa jua isi kandungannya yang berbentuk pengajaran dan teladan sepertimana hasrat paduka ayahanda, iaitu pembinaan iman yang kukuh menjurus kepada melahirkan masyarakat yang beriman dan bertakwa," sabda DYTM pada Majlis Haflut Takharruj Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) Kali Ke-11, Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi hari ini, yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Dalam sabda DYTM menambah, kita sedia mengetahui bahawa para penghafaz Al-Quran mempunyai kelebihan di sisi Allah seperti mafhum hadis Riwayat Ibnu Majah mengenai sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : "Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu sahabat bertanya : "Siapakah mereka Ya Rasulullah?" Jawab Baginda : "Mereka adalah ahli Al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya".

 

Semoga kita semua sabda DYTM, mendapat syafaat 'Ahlul Quran' dengan adanya ahli-ahli Allah, iaitu para penghafaz Al-Quran khususnya di bumi Darussalam yang kita cintai.

 

DYTM turut bersabda, mengucapkan Alfu Mubarak dan tahniah kepada para graduan yang berjaya serta ibu bapa, penjaga dan keluarga masing-masing.

 

Sebagai aset penting yang menjadi penggerak kepada pelaksanaan pelbagai rancangan dan agenda pembangunan negara sabda DYTM, para graduan ditekankan untuk sentiasa menerapkan nilai-nilai murni sesuai dengan sahsiah 'Hamma-latul Quran'.

 

Tambah sabda DYTM lagi, harapan besar kita adalah untuk berjaya menanamkan sikap positif dan berdaya maju dalam diri setiap pelajar seiring dengan aspirasi bangsa, masyarakat dan negara.

 

"Buat akhirnya, saya juga sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga ITQSHHB, Ahli Jawatankuasa dan pihak-pihak yang terlibat menjayakan majlis pada hari ini.

 

"Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan ganjaran-Nya yang berupa rahmat, syafaat dan pahala berlipat ganda," sabda DYTM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47