FacebookInstagramTwitterContact

 

Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pekerja Di Sektor Swasta Catat Peningkatan


 


 August 15th, 2023  |  08:19 AM  |   145 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Laporan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2022 telah menunjukkan peningkatan pekerja di sektor swasta sebanyak 0.7 peratus (%), iaitu daripada 68.5% pada tahun 2021 kepada 69.2% pada tahun 2022.

 

Lebih daripada setengah adalah pekerja tempatan yang mana sebahagian besar adalah pekerja perkhidmatan dan jualan diikuti oleh profesional; dan juruteknik dan profesional bersekutu.

 

Manakala dari segi jenis kegiatan ekonomi, majoriti pekerja tempatan yang mencatatkan peningkatan adalah di aktiviti perlombongan dan kuari; penginapan dan perkhidmatan makanan; dan perkhidmatan profesional, teknikal, pentadbiran dan sokongan.

 

Menurut siaran media Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), hasil KTK 2022 juga telah menunjukkan peningkatan purata pendapatan (average income) sebulan dari semua pekerjaan sebanyak 16.5% iaitu daripada BND1,536 sebulan bagi setiap seorang pekerja di tahun 2021 kepada BND1,789 di tahun 2022. Peningkatan ini khususnya adalah disumbangkan oleh pekerjaan di sektor swasta.

 

Bagi kadar penyertaan tenaga kerja (labour force participation rate - LFPR), ia telah mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 1.1 peratus iaitu daripada 63.8 peratus pada tahun 2021 kepada 62.7%. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan penduduk di luar tenaga kerja (outside labour force), terutamanya dalam kalangan berumur 55 tahun dan ke atas.

 

Purata jam biasa bekerja bagi semua pekerjaan menurun sebanyak 2.3% kepada 46.4 jam dalam seminggu di tahun 2022 berbanding dengan 47.5 jam pada tahun sebelumnya disebabkan oleh penurunan purata jam biasa bekerja di sektor swasta terutamanya dalam kalangan pekerja asing.

 

Kadar pengangguran mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.3%, iaitu daripada 4.9% pada tahun 2021 kepada 5.2 peratus pada tahun 2022, yang mana sebahagian besar terdiri daripada kalangan yang berumur 25 ke 29 tahun yang mempunyai kelulusan pendidikan peringkat tinggi (tertiary level education).

 

Bagi jumlah penduduk di luar tenaga kerja (outside labour force), ia telah meningkat sebanyak 3.9% berbanding tahun sebelumnya yang mana sebanyak 94.6% adalah mereka yang tidak aktif untuk mencari pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja disebabkan masih dalam pengajian, sedang menjalani kursus latihan dan; yang mempunyai tanggungjawab keluarga / isi rumah.

 

Bagi peringkat usia pula, 32.1% daripada jumlah penduduk di luar tenaga kerja merupakan golongan belia.

 

Laporan KTK 2022 yang berasaskan data muktamad dari hasil KTK 2022 telah dikeluarkan oleh JPES, iaitu dengan objektif utama untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk yang akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan tenaga kerja.

 

Kajian ini telah meliputi kira-kira 3,200 buah keluarga terpilih di seluruh negara menggunakan kaedah pensampelan yang sistematik.

 

Data yang diperoleh daripada keluarga tersebut telah disesuaikan melalui proses 'extrapolation and calibration' bagi menghasilkan anggaran seluruh penduduk yang tinggal dalam isi rumah biasa di Negara Brunei Darussalam.

 

JPES ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua keluarga yang terpilih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian.

 

Laporan KTK 2022 boleh didapati melalui laman sesawang JPES.

 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk ke JPES dengan menghubungi talian telefon +673 7469844 (waktu pejabat) atau e-mel di '[email protected]' atau melayari laman sesawang 'deps.mofe.gov.bn'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07