FacebookInstagramTwitterContact

 

Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CSB Terima Kunjungan Pelajar PTE, Sengkurong


 


 August 15th, 2023  |  08:21 AM  |   118 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Cyber Security Brunei (CSB) baru-baru ini menerima kunjungan daripada lebih 30 pelajar Pusat Tingkatan Enam (PTE), Sengkurong yang mengadakan lawatan pendidikan ke Makmal Forensik Digital Kebangsaan (National Digital Forensic Laboratory-NDFL).

 

Para pelajar berkenaan terdiri daripada Enam Atas dan Enam Bawah dalam jurusan Sains Komputer dan diketuai oleh Ketua Jabatan Sains Komputer, Dayang Shahrifah binti Haji Mohd Shahlan dan Pengetua PTE, Sengkurong, Dayang Tutty Hyrneeita binti Haji Abd. Latip, termasuk guru-guru daripada pelbagai jabatan.

 

Para pelajar diberi taklimat mengenai pengenalan CSB, diketuai oleh Penganalisis Keselamatan, Nomi Hafiz Zakiah Haji Pawi.

 

Dalam taklimatnya, beliau berkongsi peranan utama Pusat Pengawasan Siber dan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Brunei (Brunei Computer Emergency Response Team-BruCERT).

 

Para pelajar juga turut mengetahui jenis insiden yang boleh dilaporkan kepada BruCERT seperti 'infected computers', penyamaran secara dalam talian, pancingan data dan pembuli siber.

 

Taklimat terakhir menyentuh mengenai peranan NDFL, yang diketuai oleh Penganalisis Forensik Digital, Abdul Qadir Al Aziz Zaidi dan Abdul Muiz bin Haji Omarali.

 

Lawatan berkenaan diikuti dengan lawatan di sekitar NDFL, dan para pelajar dapat mempelajari cara alat berkenaan digunakan oleh penganalisis forensik digital apabila berurusan dengan bukti elektronik.

 

Para pelajar juga turut menyaksikan bagaimana bukti dikumpulkan dan 'degauss', memusnahkan dan melupuskan cakera keras dengan selamat sebagai sebahagian daripada proses 'sanitization' data mengikut protokol makmal standard.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07