FacebookInstagramTwitterContact

 

Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sekolah Arab SHHB Johan Pertandingan Menambang Syair


 


 August 15th, 2023  |  08:23 AM  |   147 views

BERAKAS

 

Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHB), Rimba muncul johan pada Peringkat Akhir Pertandingan Menambang Syair Peringkat Sekolah Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Bagi Tahun 2023 anjuran Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

 

Naib johan disandang oleh Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha manakala tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

 

Peserta daripada Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima pada pertandingan yang berlangsung di Dewan Perpaduan, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

 

Pertandingan yang dibukakan kepada pelajar sekolah menengah, maktab serta pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta berkenaan disertai 11 buah sekolah pada peringkat saringan dan hanya lima buah sekolah sahaja yang layak ke peringkat akhir.

 

Format pertandingan pada peringkat awal adalah secara rakaman video dengan setiap pasukan yang terdiri daripada tiga pelajar dikehendaki untuk menyampaikan sebuah persembahan menambang syair yang dirakam oleh guru pembimbing masing-masing.

 

Setiap rakaman video hendaklah berdurasi selama tiga hingga lima minit sahaja.

 

Antara objektif pertandingan berkenaan diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada irama tambangan syair Brunei.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengembangkan bakat serta menggilap potensi para pelajar dalam penambangan dan penghayatan syair tradisi Brunei terutamanya pemikiran atau perutusan tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Syair Nukilan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07